AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Program Pembangunan Agropreneur (ADP)

Latar Belakang Program Pembangunan Agropreneur (ADP)

Selain memberi pembiayaan kepada agropreneur, Agrobank berperanan membangunkan agropreneur-agropreneur yang berpotensi dan sedang menjalankan perniagaan melalui Program Pembangunan Agropreneur (ADP) terutamanya dalam aspek pengurusan perniagaan, kewangan dan teknikal. Kini, tumpuan diberikan kepada program-program berbentuk Kursus, Khidmat Nasihat Perniagaan dan Program Intervensi. Terdapat dua (2) bentuk kursus iaitu Kursus Pembangunan Agropreneur I (untuk agropreneur yang berpotensi dan baru) dan Kursus Pembangunan Agropreneur II (untuk agropreneur yang telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan tani). Ini memandangkan terdapat keperluan yang berbeza dari segi peringkat kemajuan perniagaan itu sendiri. Oleh itu, agropreneur yang menghadiri kursus didedahkan terhadap asas perniagaan, kecemerlangan perniagaan, jabatan dan agensi sokongan, pengurusan strategik, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan operasi, rantaian pemasaran moden dan rancangan perniagaan.

Selain menyedia program berbentuk kursus, Agrobank memberi Khidmat Nasihat Perniagaan kepada agropreneur. Agropreneur yang dikenalpasti, dihubungi untuk mendapatkan persetujuan sebelum proses khidmat nasihat ke premis agropreneur dijalankan. Setelah khidmat nasihat perniagaan dijalankan, satu laporan cadangan penambahbaikan perniagaan disediakan kepada agropreneur untuk pertimbangan pelaksanaan.

Seterusnya, Agrobank memperkenalkan Program Intervensi yang melibatkan padanan perniagaan (business matching), pemantapan proses kerja melalui pensijilan dan amalan terbaik melalui pendekatan benchmarking. Bagi tahun 2015, sejumlah 100 agropreneur Bumiputera dikenalpasti terlibat bagi Program Intervensi ini .

Dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan lain-lain agensi, program-program yang dijadualkan dapat membantu agropreneur lebih inovatif, kreatif, produktif dan berdaya saing di peringkat tempatan dan luar Negara.

PENDEKATAN PROGRAM PEMBANGUNAN AGROPRENEUR (ADP)

Terdapat tiga (3) pendekatan Program Pembangunan Agropreneur (ADP) seperti berikut:

  • Kursus Pembangunan Agropreneur (ADP)
  • Program Khidmat Nasihat Perniagaan
  • Program Intervensi

 

(ADP) I

KURSUS PEMBANGUNAN AGROPRENEUR (ADP) I

Rasional:

Bidang pertanian adalah merupakan satu bidang yang menarik untuk diterokai terutamanya kepada mereka yang ingin menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan. Bidang ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi impian untuk menjadi agropreneur moden yang berjaya tetapi juga dapat menyokong agenda Kerajaan untuk menampung kekurangan bekalan makanan dan membantu menyediakan peluang pekerjaan. Dalam usaha ini, terdapat di kalangan mereka (terutamanya golongan muda) yang tidak dapat memahami perniagaan dan keusahawanan dalam erti kata sebenar. Ada juga yang gagal membuat permohonan pembiayaan hanya disebabkan rancangan perniagaan yang tidak menyakinkan. Kursus ini ditawarkan percuma kepada individu-individu yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan berhasrat membuat permohonan pembiayaan dari Agrobank.

Objektif:

  • Menyuntik semangat perniagaan dan keusahawanan di kalangan mereka yang berminat dan berpotensi
  • Memahami peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi
  • Berkeupayaan menyediakan rancangan perniagaan dan permohonan pembiayaan dari Agrobank.

Kandungan:

  • Kecemerlangan Perniagaan di Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana
  • Motivasi keusahawanan
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Peranan Agrobank Tehadap Pembangunan Sektor Pertanian
  • Penyediaan Permohonan Pembiayaan

Metodologi:

  • Syarahan
  • Perbincangan
  • Rumusan

Kumpulan Sasar:

  • Individu berminat untuk menceburi perniagaan di sektor pertanian
  • Usahawan-Usahawan Tani yang telah menceburkan diri tidak lebih dari tiga (3) tahun
  • Pelajar tahun akhir universiti dan kolej

Jangkamasa:

1 Hari

 

(ADP) II

KURSUS PEMBANGUNAN AGROPRENEUR (ADP) II

Rasional:

Bagi usahawan-usahawan tani yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan di sektor pertanian dalam tempoh 3 tahun dan ke atas haruslah berusaha mengembangkan perniagaan mereka agar lebih berdaya saing dan berdaya maju sekurang-kurangnya di pasaran tempatan. Melalui penyelidikan dan pemerhatian, di dapati ramai di kalangan agropreneur tidak berupaya menentukan hala tuju yang jelas, mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor dalaman dan luaran bagi mengembang dan menghasilkan peluang-peluang perniagaan baru. Begitu juga, agropreneur menghadapi masalah menguruskan kewangan dengan betul sehingga menjejaskan pendapatan dan keuntungan perniagaan. Oleh itu, dua (2) hari kursus yang dikenali sebagai Kursus Pembangunan Agropreneur (ADP) II diperkenalkan. Kursus ini melibatkan kerjasama dengan agensi-agensi lain.

Objektif:

  • meningkatkan kefahaman yang lebih holistik berkaitan pengurusan perniagaan moden
  • Berkeupayaan membangunkan elemen-elemen penting perniagaan agar dapat digunapakai dalam perniagaan
  • Membentuk sikap yang lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan moden dan terkini

Kandungan:

  • Pengurusan Kecemerlangan Perniagaan di Sektor Pertanian
  • Pengurusan Strategik
  • Pembangunan Rantaian Pemasaran, Pembungkusan, Penlabelan dan Penjenamaan
  • Pengurusan Kewangan
  • Agrobank: Produk dan Perkhidmatan Ditawarkan.

Metodologi:

  • Syarahan
  • Perbincangan
  • Persembahan Kumpulan

Kumpulan Sasar:

  • Agropreneur sedia ada yang bertujuan untuk mengembang dan memajukan perniagaan
  • Berpengalaman tidak kurang dari tiga (3) tahun dalam bidang perniagaan di sektor pertanian

Jangkamasa:

2 Hari

PROGRAM KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN

PROGRAM KHIDMAT NASIHAT PERNIAGAAN (BUSINESS ADVISORY SERVICES)

Rasional:

Program Khidmat Nasihat Perniagaan (Business Advisory Services) adalah merupakan satu program yang terbaik dan lebih menjurus kepada hand-holding program. Program ini membolehkan segala status perniagaan, isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan dapat difahami dan ditangani dengan lebih baik lagi. Pihak advisor akan melawat syarikat-syarikat berkenaan dan membuat penilaian secara bersemuka. Satu laporan penilaian akan diserahkan kepada syarikat-syarikat untuk pertimbangan bagi tujuan penambahbaikan samada dari segi pengurusan perniagaan, operasi dan kewangan.

Objektif:

  • Memahami status, isu dan cabaran pengurusan perniagaan bagi syarikat-syarikat dinilai
  • Memberi khidmat nasihat perniagaan kepada syarikat-syarikat dinilai bagi tujuan penambahbaikan dan penyelesaian masalah
  • Mengenalpasti amalan-amalan terbaik dalam hal pengurusan perniagaan bagi tujuan benchmarking activities di kalangan syarikat-syarikat

Metodologi:

Melawat premis syarikat yang dinilai melalui pendekatan:

  • Menyemak dokumen
  • Melawat premis
  • Menemuduga
  • Memaklum Hasil Penemuan
  • Menyedia Laporan Penambahbaikan Syarikat

Kumpulan Sasar

Syarikat-syarikat yang ingin menambahbaik pengurusan perniagaan

Jangkamasa:

1 hari

INTERVENSI

 

PROGRAM INTERVENSI (INTERVENSION)

Rasional:

Sejajar dengan agenda Kerajaan untuk membangunkan usahawan-usahawan tani yang berdaya saing dan berdaya maju, 100 Usahawan Tani Bumiputera dikenalpasti untuk dibangunkan setiap tahun. Pelbagai program harus dilaksanakan. Antaranya ialah mengenalpasti usahawan-usahawan tani dan program-program yang bersesuaian untuk dibangunkan dalam tempoh masa tertentu. Kerjasama dengan lain-lain agensi dapat membantu bagi tujuan ini. Ini termasuklah dalam hal membangunkan kecemerlangan perniagaan, operasi dan kewangan.

Objektif:

Membangunkan 100 Usahawan Tani Bumiputera yang melibatkan pelbagai aspek perniagaan bagi meningkatkan pendapatan dan produktiviti syarikat.

Metodologi:

  • Padanan Perniagaan
  • Pemantapan Proses Melalui Pensijilan
  • Amalan Terbaik Melalui Pendekatan Benchmarking

Kumpulan Sasar

100 Usahawan Tani Bumiputera (UTB) di seluruh Malaysia

Jangkamasa:

6 Bulan – 1 Tahun


 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

1) En Mohd Shahrom Shahril

Tel: 03 – 2731 1600 samb. 4005

2) En Mohd Nazry Abdullah Sani

Tel: 03 – 2731 1600 samb. 2063

3) En Nazirul Mustaqim Mohd Fauzi

Tel: 03 – 2731 1600 samb. 4003