AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agro Perdana-i

Agro Perdana-i merupakan Akaun GIRO patuh Syariah yang memberikan anda akses kepada pelbagai kemudahan perbankan bagi memudahkan traksaksi kewangan anda. Akaun ini direka untuk semua Individu, Entiti Perniagaan dan Agensi Kerajaan.

Konsep Syariah

  • Konsep Syariah yang digunapakai adalah Qard. Qard merujuk kepada kontrak pinjaman wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) di mana peminjam adalah terikat untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut kepada pemberi pinjaman. Pihak Bank dalam situasi ini adalah menjamin bayaran balik jumlah pinjaman dan akan memulangkan jumlah pinjaman tersebut kepada Pelanggan sewajarnya; tertakluk kepada prosedur-prosedur semasa Bank.

 

HUBUNGI KAMI

 

Ciri-ciri Produk


Kelayakan Pemohon

  • Terbuka kepada Individu berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada Bukan Individu seperti Entiti Perniagaan yang berdaftar, Syarikat, Agensi Kerajaan, Koperasi, Pertubuhan, Persatuan dan Kelab.
Akaun Butiran
Akaun Perseorangan

Akaun ini adalah untuk Individu Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas.

Akaun Bersama

Akaun diuruskan oleh sekumpulan Individu berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 5 orang. Pemegang Akaun Utama hendaklah seorang Warganegara Malaysia.

Akaun Bukan Individu

Akaun ini adalah untuk Bukan Individu seperti Syarikat, Koperasi, Persatuan, Pertubuhan dan Kelab yang sah berdaftar dan diuruskan sekurang-kurangnya oleh dua (2) Individu berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Deposit Permulaan
Agro Perdana-i dengan Penyata

  • Akaun Individu :- Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00
  • Akaun Bukan Individu:- Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00
  • Akaun Kerajaan/Agensi Kerajaan:- Tiada jumlah minimum ditetapkan
  • Akaun Escrow:- Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM1,000.00

Agro Perdana-i dengan Buku

  • Akaun Individu (Warganegara Malaysia) :- Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM20.00
  • Akaun Individu (Bukan Warganegara):- Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM50.00

 

Baki Minimum
Agro Perdana-i dengan Penyata

  • Baki minimum adalah tidak kurang dari RM100.00

Agro Perdana-i dengan Buku

  • Akaun Individu (Warganegara Malaysia):- Baki minimum adalah tidak kurang dari RM10.00
  • Akaun Individu (Bukan Warganegara):-Baki minimum adalah tidak kurang dari RM50.00

Kelebihan

 

  • Perujuk tidak diperlukan bagi pembukaan akaun.
  • Membantu perniagaan dalam menguruskan transaksi pembayaran dan kutipan.
  • Pelbagai saluran bagi urusan transaksi perbankan melalui cawangan-cawangan Agrobank di seluruh negara, mesin ATM dan perkhidmatan Ejen Perbankan Agrobank.
  • Akses yang luas kepada mana-mana perdagangan runcit menggunakan Kad Agro VISA Debit-i.
  • Transaksi atas talian yang mudah dan selamat melalui Perbankan Internet AGRONet.

Fi & Caj

Terma & Syarat


  • English
  • Bahasa