AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

AgroTani-i

Agro Tani-i merupakan akaun simpanan patuh Syariah direka bagi semua Individu dan Bukan Individu (Pertubuhan/Persatuan/Kelab) untuk memberikan penyelesaian mudah dalam menguruskan keperluan kewangan anda. Kategori akaun tersebut adalah seperti Akaun Perseorangan, Akaun Bersama dan Akaun Bukan Individu.

Konsep Syariah

  • Konsep Syariah yang digunapakai adalah Qard. Qard merujuk kepada kontrak pinjaman wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) di manapeminjam adalah terikat untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut kepada pemberi pinjaman. Pihak Bank dalam situasi ini adalah menjamin bayaran balik jumlah pinjaman dan akan memulangkan jumlah pinjaman tersebut kepada Pelanggan sewajarnya; tertakluk kepada prosedur-prosedur semasa Bank.

Ciri-ciri Produk


Kelayakan Pemohon

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Bukan Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Terbuka kepada Individu dan Bukan Individu (Pertubuhan/Persatuan/Kelab).

 

Jenis-jenis Akaun

Akaun Butiran
Akaun Perseorangan

Akaun ini adalah untuk Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas.

Akaun Bersama

Akaun diuruskan oleh sekumpulan Individu berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 5 orang. Pemegang Akaun Utama hendaklah seorang Warganegara Malaysia.

Akaun Bukan Individu

Pertubuhan/Persatuan/Kelab yang berdaftar dan diuruskan sekurang-kurangnya oleh dua (2) Individu berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Deposit Permulaan

  • Akaun Perseorangan :- Jumlah Minimum bagi deposit permulaan adalah RM20.00.
  • Akaun Bersama :- Jumlah Minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00.
  • Akaun Bukan Individu :- Jumlah Minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00.

 

Baki Minimum

  • Baki minimum adalah tidak kurang dari RM10.00pada setiap masa.

 

Kelebihan

 

  • Pelbagai saluran bagi urusan transaksi perbankan melalui cawangan-cawangan Agrobank diseluruh negara, mesin ATM dan perkhidmatan Ejen Perbankan Agrobank
  • Akses yang luas kepada mana-mana perdagangan runcit  menggunakan Kad Agro VISA Debit-i.
  • Transaksi atas talian yang mudah, dan selamat melalui perbankan Internet AGRONet.

Fi & Caj

HUBUNGI KAMI