Melalui AGRONet, anda boleh melakukan urusan perbankan secara serta merta, bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Ianya boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau di seluruh dunia melalui akses internet.
AGRONet beroperasi 24 jam setiap hari.
Ciri-ciri AGRONet
Berikut adalah mengenai AGRONet yang mudah digunakan dalam perkhidmatan perbankan internet
- Menyemak baki akaun anda
- Membaca dan memuat turun butiran penyata
- Melihat butir-butir pembiayaan anda
- Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
- Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
- Memindahkan wang ke akaun Bank lain
- Membayar bil anda kepada penerima bayaran yang disenaraikan
- Membuat pembayaran sekali atau menetapkan penerima bayaran yang dikehendaki
- Menetapkan had transaksi anda
- Menerima makluman daripada Bank melalui sistem mesej telah diadakan
- Blok kad ATM anda
Berapa kos dikenakan?
Tiada kos dikenakan dan tiada yuran bulanan atau tahunan. Anda hanya dikenakan yuran caj transaksi berdasarkan transaksi tertentu. Menguruskan wang anda melalui internet banking lebih murah berbanding melalui manual atau transaksi di cawangan. Ia juga lebih cepat dan mudah.
Cara Mendaftar
- Kunjungi cawangan Agrobank berhampiran anda.
- Buka akaun dan dapatkan kad ATM.
- Log masuk ke www.agronet.com.my dan klik pada "Register An Account".
- Baca dengan teliti Terma dan Syarat dan klik Accept.
- Masukkan Nombor Akaun Agrobank, Nombor Kad ATM dan Nombor PIN anda.
- Masukkan Kata Laluan, Kata Kekunci dan pilih Gambar Online anda.
Hubungi 1 300 88 2476 (tekan 3, kemudian 1) untuk pengaktifan, dan anda boleh menggunakannya.
Proses ‘unbind’ & ‘bind’ Peranti
Soalan Keselamatan
Soalan keselamatan adalah ciri keselamatan tambahan yang akan digunakan ketika pelanggan melakukan transaksi melalui AGRONet untuk tujuan pengesahan transaksi.
AGRONet Soalan Lazim SECURITY CHALLENGE QUESTION