AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Akaun Simpanan Asas-i (Agro BSA-i)

 

AgroBSA-i merupakan akaun simpanan asas patuh Syariah yang menawarkan akses kepada perkhidmatan perbankan dengan kos yang minimum khusus untuk semua Individu Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap. Kategori akaun tersebut adalah Akaun Perseorangan, Akaun Amanah atau Akaun Bersama.

Konsep Syariah

  • Konsep Syariah yang digunapakai adalah Qard. Qard merujuk kepada kontrak pinjaman wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) dimana peminjam adalah terikat untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut kepada pemberi pinjaman. Pihak Bank dalam situasi ini adalah menjamin bayar balik jumlah pinjaman dan akan memulangkan jumlah pinjaman tersebut kepada Pelanggan sewajarnya; tertakluk kepada prosedur-prosedur semasa Bank.

 

HUBUNGI KAMI

Ciri-ciri Produk

Kelayakan Pemohon

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Terbuka kepada Individu sahaja.
 


Jenis-jenis Akaun

Akaun Butiran

Akaun Perseorangan

Akaun ini adalah untuk Individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Akaun Amanah

Terbuka kepada Kanak-kanak berumur 1 hari sehingga di bawah 12 tahun dan pengendalian akaun oleh Pemegang Amanah yang berumur 18 tahun dan ke atas. Pemegang Amanah hendaklah seorang Warganegara Malaysia.

Akaun Bersama

Akaun diuruskan oleh sekumpulan Individu berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak melebihi 5 orang. Pemegang Akaun Utama hendaklah seorang Warganegara Malaysia

 

Deposit Permulaan

  • Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM20.00

 

Baki Minimum

  • Baki minimum adalah tidak kurang dari RM20.00 pada setiap masa.

 

Kelebihan

Bagi pemegang akaun AgroBSA-i boleh memilih untuk melaksanakan transaksi perbankan pada setiap bulan seperti berikut:

A. Minima 16 transaksi bulanan iaitu :

  • 6 lawatan di kaunter bank – Caj sejumlah RM0.50/lawatan akan dikenakan bagi lawatan ke-tujuh (7) dan keatas.
  • 8 transaksi pengeluaran wang yang berjaya melalui ATM. Caj sejumlah RM1.00/pengeluaran akan dikenakan bagi pengeluaran ke-sembilan (9) dan keatas.
  • 2 transaksi Interbank Giro (IBG) yang pertama hanya dikenakan bayaran sebanyak RM0.50/transaksi - Caj transaksi RM2.00 setiap transaksi akan dikenakan selepas 2 transaksi IBG pertama.

ATAU

B. Pengeluaran ATM dan transaksi kaunter yang tiada had (Unlimited ATM Withdrawal and OTC Transaction).

Pemegang akaun diberi pilihan untuk membayar bayaran fi tahunan sebanyak RM8.00 untuk bilangan pengeluaran transaksi di ATM dan kaunter yang tiada had (Unlimited ATM withdrawals and OTC Transaction).

Warga Emas (Senior Citizen) berumur 60 tahun keatas diberi kemudahan untuk melaksanakan pilihan (C) seperti berikut:

C. Pengeluaran ATM dan transaksi kaunter yang tiada had (Unlimited ATM Withdrawal and OTC Transaction) tanpa dikenakan bayaran fi tahunan. (Hanya pelanggan yang berumur 60 tahun keatas sahaja).

Fi & Caj

Terma & Syarat