Kad Debit AGRO-i. Kad yang memenuhi keperluan perniagaan dan gaya hidup dalam dan luar Negara. Membantu mengembangkan perniagaan anda dengan lebih mudah dan cekap melalui setiap pembelian.
Ciri-Ciri & Kelebihan
Ciri-ciri Kad Debit AGRO-i (ADC-i)
- Diterima di seluruh 30 juta cawangan Visa termasuk (ATM) di seluruh Negara dan ahli perniagaan MyDebit di seluruh Negara.
- Penerimaan lebih dari 256 mesin pengeluaran wang (ATM) di Malaysia dan di semua bank ATM rangkaian MEPS di seluruh negara.
- Pengeluaran wang tunai sehingga RM 1,500 bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum harian anda sebanyak RM 6,000 sehari dengan kadar transaksi tidak terhad.
- Had pembelian barangan melalui Visa/MyDebit sehingga RM 6,000.
- Pemegang kad boleh meningkatkan had harian sehingga RM 30,000.
- Boleh memilih untuk menutup transaksi tanpa sentuh dan menukar jumlah had penggunaan transaksi tanpa sentuh melalui Visa dan MyDebit.
- Boleh digunakan untuk pembayaran bil-bil dan pemindahan wang.
Kelebihan
- Mudah dan pengurusan yang berkesan.
- Menggantikan wang tunai untuk kemudahan pengesanan perbelanjaan melalui penyata
- Mudah untuk membayar bil-bil dan menguruskan perbelanjaan seharian anda.
- Pembayaran melalui telefon dan atas talian mengikut keselesaan anda.
- Jaminan pembayaran untuk mengelakkan kelewatan dengan pembekal.
- Akses pengeluaran wang tunai menerusi MEPS dan/atau VisaPlus di seluruh dunia
- Teknologi tanpa sentuh yang memudahkan setiap transaksi dilaksanakan dengan lebih cepat di terminal yang memaparkan logo tanpa sentuh
- Menjamin keselamatan dengan adanya smart chip dimana maklumat sukar untuk diambil dan disalin.
- Diterima di semua kedai rangkaian niaga Visa di seluruh dunia dan MyDebit di seluruh negara
- Tiada syarat pendapatan untuk permohonan kad.
- Dapat memeriksa akaun dan transaksi melalui AGRONet
- Tiada cukai perkhidmatan kerajaan.
Konsep Syariah
Konsep Syariah
Konsep Syariah yang digunakan ialah ujrah yang dibayar oleh satu pihak untuk perkhidmatan yang diberikan oleh pihak lain. Ujrah akan terpakai apabila bayaran dikenakan oleh Agrobank bagi pengeluaran ADC-i kepada Pemegang Kad dan kemudahan yang ditawarkan dari semasa ke semasa untuk memudahkan pembayaran bagi pembelian barangan, perkhidmatan dan/atau pengeluaran wang tunai oleh Pemegang Kad
Kelayakan
Siapa Yang Layak Memohon
- Pemegang akaun Simpanan/GIRO Agrobank akaun.
Bagaimana Untuk Memohon
- Kunjungi cawangan Agrobank berhampiran
- Isi borang permohonan kad debit Agrobank apabila anda membuka akaun simpanan/GIRO
- Kad Debit AGRO-i akan dikeluarkan
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang Permohonan Kad Debit
- MyKad (IC); atau
- Kad ID Polis atau Tentera;
- Passport (untuk bukan pemastautin)
Fi dan Caj
Informasi
Tanggungjawab Pemegang Kad
- Apabila pemegang kad telah menandatangani borang permohonan, pemegang perlu mematuhi terma dan syarat bagi penggunaan ADC-i.
- Pemegang kad mesti melindungi nombor ADC-i dan PIN. Pemegang kad tidak boleh mendedahkan butiran kad atau PIN kepada pihak ketiga.
- Bagi mengurangkan risiko transaksi yang tidak dikenalpasti, pemegang kad tidak digalakkan untuk memilih PIN yang mengandungi maklumat peribadi seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit.
- Bagi penggunaan transaksi atas talian dan luar negara, pemegang kad boleh perlu membuat permohonan dengan menghubungi Pusat Panggilan Agrobank atau mengunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan.
- Pemegang kad dikehendaki melaporkan kehilangan atau kecurian ADC-i dengan segera yang semunasabahnya dapat dilaksanakan.
- Pemegang kad tidak dibenarkan memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan kad bagi tujuan pemindahan pemilikan atau menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh Bank.
- Pemegang kad dikehendaki menyemak penyata akaun atau buku simpanan dari semasa ke semasa untuk memastikan urus niaga dilakukan adalah betul.
- ADC-i adalah dilarang digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang. Bank mempunyai hak untuk menamatkan kemudahan ADC-i dengan segera jika pemegang kad didapati menggunakan ADC-i bagi suatu aktiviti yang menyalahi undang-undang.
- Pemegang kad hendaklah memaklumkan Bank jika terdapat sebarang perubahan maklumat dengan mengunjungi cawangan Agrobank berhampiran atau menghubungi Pusat Panggilan Agrobank pada bila-bila masa.
Caj Pra-Kebenaran
- Amaun caj pra-kebenaran akan dikenakan ke akaun pemegang kad apabila pembayaran dibuat di Terminal Minyak Automatik (AFD) dengan menggunakan ADC-i. Agrobank akan menghantar jumlah sebenar transaksi dan mengkreditkan semula jumlah tambahan ke akaun pemegang dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh urus niaga.
- Jika pemegang kad mahu mengelakkan transaksi pra-kebenaran di AFDs, pemegang kad dinasihatkan untuk pergi ke kaunter bayaran di mana jumlah pembelian yang tepat akan ditolak daripada akaun pemegang kad.
Info Transaksi Tanpa Sentuh
- Butiran ADC-i tidak akan dipintas atau terdedah oleh sindiket penipuan melalui terminal tanpa sentuh yang berdekatan dengan pemegang kad. Kad ini hanya boleh dibaca kira-kira 4cm dari terminal yang diterima ADC-i.
- Pemegang kad akan dimaklumkan melalui SMS bagi transaksi yang dilakukan di terminal tanpa sentuh ke telefon bimbit yang berdaftar.
- Pemegang kad hanya dibenarkan melakukan tiga (3) transaksi sehari dengan jumlah dibawah RM250 setiap transaksi.
- Bayaran boleh diambil dua kali sekiranya pemegang tidak sengaja meletakkan ADC-i sebanyak 2 kali pada terminal kanta sentuh. Dua (2) resit akan dicetak di terminal jika transaksi telah dilakukan dua kali. Pemegang kad hendaklah mendapatkan nasihat daripada peniaga untuk membatalkan semula transaksi tersebut.
Tips Penjagaan Kad
Beberapa perkara yang anda harus elakkan
- Elakkan cip dari objek tajam atau logam
- Lentur kad secara berlebihan
- Elakkan kad dari tempat yang mempunyai daya magnet yang kuat
- Simpan kad ditempat yang panas untuk tempoh yang lama
Bantuan Pusat Panggilan
Sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di nombor 1300-88-2476 untuk sebarang pertanyaan atau melaporkan kecurian dan kehilangan kad.