FRIA-i 45Plus adalah akaun deposit berjangka patuh Syariah untuk Pelanggan yang berumur 45 tahun dan ke atas di mana kadar keuntungan akan diketahui Pelanggan semasa permohonan atau semasa pembaharuan akaun berdasarkan konsep Tawarruq
Ciri-ciri Produk
Konsep |
Akaun Individu
Akaun bersama
|
Jenis Pembayaran Keuntungan |
|
Kadar Keuntungan |
Kadar keuntungan tetap ditentukan semasa pembukaan akaun atau semasa pembaharuan akaun. |
Kriteria Kelayakan
- Mesti berumur 45 tahun dan ke atas
- Terbuka kepada akaun individu sahaja.
- Jenis akaun individu bagi produk ini diklasifikasikan kepada:
Akaun Individu | Akaun yang dibuka oleh individu yang berumur 45 tahun dan ke atas. |
Akaun bersama (individu) |
|
Yuran & Caj Lain
Fi Pembrokeran (Pengeluaran pra-matang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari |
Fi Pembrokeran sebanyak 0.05% dari jumlah deposit atau RM50.00, yang mana lebih rendah, akan ditanggung oleh Bank. Walau bagaimanapun jumlah tersebut akan ditanggung oleh Pelanggan sekiranya berlaku pengeluaran pra-matang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dan ke bawah dari tarikh penempatan deposit. |
Penggantian kehilangan Sijil Deposit Berjangka |
Duti setem RM10.00 bagi Surat Indemniti dan RM5.00 setiap sijil akan dikenakan. |
Penggantian kerosakan Sijil Deposit Berjangka |
RM5.00 setiap sijil akan dikenakan. |
Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa.
Nota: Yuran dan caj di atas adalah tertakluk kepada GST 0%