AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Ar-Rahnu

Pembiayaan Ar-Rahnu merupakan Kemudahan Pajak Gadai Islam jangka pendek yang memberikan kemudahan tunai secara segera kepada pelanggan menggunapakai barangan emas sebagai cagaran ke atas pembiayaan yang diberikan.

Konsep Shariah

  • Pembiayaan Ar-Rahnu ini menggunapakai konsep Tawarruq (Komoditi Murabahah) dan Rahn (Cagaran) sebagai kontrak asas Syariah di mana ia menawarkan kadar keuntungan yang kompetitif kepada pelanggan, tertakluk kepada syarat kelayakan yang minimum, khusus bagi kegunaan peribadi, modal perniagaan atau lain-lain aktiviti berunsurkan pertanian atau bukan pertanian yang dapat membangunkan sosioekonomi masyarakat.

Kelayakan

  • Kemudahan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap berumur dalam lingkungan dari lapan belas (18) tahun hingga tujuh puluh (70) tahun pada tarikh permohonan.

 

HUBUNGI KAMI

Ciri-Ciri Produk

Had Pembiayaan
  • Had Minimum bagi setiap Akaun Pembiayaan : RM100
  • Had Maksimum Harian bagi setiap pelanggan : RM100,000
  • Agregat Maksimum Pembiayaan bagi setiap pelanggan : RM150,000
Margin Pembiayaan
  • Sehingga 75% daripada Nilai Pasaran semasa Barang Emas yang dicagarkan.
Tempoh Pembiayaan
  • Tempoh Pembiayaan yang diakadkan adalah 36 bulan.

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Bulanan adalah berdasarkan kepada setiap RM100 Nilai Marhun.

  • Keuntungan Bulanan Minimum adalah sebanyak RM10.

NILAI MARHUN (NM)

KADAR KEUNTUNGAN BULANAN

RM100 - RM2,000

RM 0.55

RM2,001 - RM5,000

RM 0.65

RM5,001 & ke atas

RM 0.80

Jenis Cagaran (Marhun)

Barang Kemas Emas

  • 999, 950, 916, 875, 835, 750

Syiling Emas (999)

  • 1 troy ounces, ¼ , ½ 

Gold Wafer (999)

  • 10g, 20g, 50g, 100g

Lembaran Maklumat Produk Ar-Rahnu

Terma dan Syarat Ar-Rahnu

Senarai Cawangan Ar-Rahnu