AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pembukaan Akaun Deposit Dalam Talian

Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agrobank kepada pelanggan yang berminat untuk membuat permohonan pembukaan akaun simpanan

Kelayakan Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian adalah seperti berikut :

  • Individu WARGANEGARA MALAYSIA berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki nombor telefon bimbit dan email yang sah beserta alamat kediaman tetap di Malaysia
  • Bukan Warganegara, Bukan Penduduk Tetap/Penduduk Tetap selain dari pemegang MyKad adalah tidak dibenarkan membuat permohonan secara dalam talian

Dua (2) jenis akaun yang ditawarkan adalah :

  • Akaun Simpanan : Agro Perdana-i (Qard) – Akaun Penyata dengan deposit minimum RM100.00
  • Deposit Berjangka : Agro PrimaS – Akaun Penyata dengan deposit minimum RM500.00
  • Keahlian Sahabat Agro perlu membuka dua (2) jenis akaun diatas
  • Pembayaran deposit permulaan semasa permohonan dalam talian ini diperlukan bagi pembukaan akaun di atas

Hanya ikuti langkah mudah dibawah dan tekan APPLY NOW untuk pembukaan akaun deposit :

  • Isi borang permohonan dan buat bayaran deposit permulaan. Cetak dan Simpan Resit
  • Pelanggan akan menerima SMS notifikasi untuk hadir ke cawangan Agrobank yang dipilih dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
  • Sila bawa MyKad, resit bayaran dan bil utiliti (sekiranya alamat tempat tinggal tidak sama seperti Mykad) untuk tujuan pengesahan dan pengaktifan akaun
  • Untuk keterangan lanjut sila rujuk : Pusat Panggilan Agrobank 1 300 88 2476 (AGRO)

 

MOHON SEKARANG

Klik untuk lihat e-brosur

Lembaran Maklumat Produk (PDS)

Terma dan Syarat (T&C)

Soalan-Soalan Lazim (FAQ)