Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus
Agrobank menyediakan perlindungan 24 jam sehari di seluruh dunia bagi manfaat kematian atau keilatan kekal akibat kemalangan di samping mendapat manfaat sampingan yang dinyatakan di dalam pelan perlindungan.
Produk ini diuruskan oleh Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Tempoh Perlindungan
Satu (1) tahun
Kelayakan
- Semua Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap (PR)
- Berumur 15 hari sehingga 75 tahun
- Bagi pelanggan Agrobank, premium boleh diperbaharui secara automatik melalui arahan tetap.
Manfaat/Pelan Perlindungan
MANFAAT/PELAN | TKP 1 (RM) | TKP 2 (RM) | TKP 3 (RM) |
TKP 4 (RM) |
TKP 5 (RM) | TKP 6 (RM) |
Kematian akibat kemalangan | 10,000.00 | 20,000.00 | 50,000.00 | 100,000.00 | 200,000.00 | 300,000.00 |
Hilang Upaya Kekal | 10,000.00 | 20,000.00 | 50,000.00 | 100,000.00 | 200,000.00 | 300,000.00 |
Perbelanjaan Pengebumian | 1,000.00 | 2,000.00 | 3,000.00 | 4,000.00 | 5,000.00 | 6,000.00 |
Perbelanjaan Perubatan | 600.00 | 1,500.00 | 2,500.00 | 3,000.00 | 3,500.00 | 4,000.00 |
Elaun Hospital | 10.00 (sehari) | 20.00 (sehari) | 30.00 (sehari) | 50.00 (sehari) | 100.00 (sehari) |
150.00 (sehari) |
Sumbangan Takaful Setahun (termasuk 6% SST) |
10.60 | 21.20 | 53.00 | 106.00 | 212.00 | 318.00 |
Lain-lain
Tertakluk kepada terma dan syarat
Skim Perlindungan Takaful Kredit
Agrobank juga menawarkan Skim Perlindungan Takaful Kredit. Produk ini menawarkan perlindungan kepada pelanggan dari beban pembayaran jika berlaku kematian biasa atau kematian akibat kemalangan, atau keilatan kekal yang mana pihak Takaful akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas baki jumlah pembiayaan pelanggan.
Produk ini diuruskan oleh Takaful Malaysia.
Kelayakan
- Pelanggan bank
- Berumur 18 tahun semasa permohonan
- Umur tidak melebihi 65 tahun apabila pembiayaan mencapai tempoh matang
Skop Perlindungan
- Kematian biasa atau akibat kemalangan
- Hilang keupayaan kekal dan sepenuhnya
Jenis Perlindungan
- Group Credit Term Takaful (GCTT) bagi jumlah pembiayaan kurang daripada RM200,000.00
- Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) bagi jumlah pembiayaan melebihi RM200,000.00
Lain-lain
Tertakluk kepada terma & syarat