Agrobank merupakan wakil/ejen pungutan zakat bagi pihak Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Ugama Islam.
Agensi berkenaan adalah bagi negeri-negeri berikut;
- Lembaga Zakat Selangor
- Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur
- Pusat Zakat Negeri Sembilan
- Pusat Zakat Melaka
- Jabatan Zakat Negeri Kedah
- Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor
- Pusat Kutipan Zakat Pahang
- Majlis Ugama Islam Sabah
Bayaran boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Perbankan Internet Agrobank (agronet.com.my)
Langkah-langkah menunaikan Zakat melalui perkhidmatan AGRONet:
- 01: Masukkan ‘Username’, tandakan YA bagi pengesahan ‘Security Image’ dan masukkan
‘Password’ - 02: Pilih ‘Zakat and Waqaf’ dan klik ‘Zakat Payment’
- 03: Klik ‘Zakat Centre’ dan pilih Zakat Negeri anda
- 04: Masukkan ‘Amount’ dan isi butiran peribadi yang bertanda *
- 05: Klik ‘Zakat Type’ untuk pilih jenis zakat (contohnya Zakat Fitrah, Zakat Harta dan lain-lain
- 06: Klik ‘Next’
- 07: Klik ‘Request TAC’ dan masukkan nombor TAC
- 08: Tekan ‘Next’ dan baca ‘Lafaz Zakat’
- 09: Klik ‘Confirm’
- 10: Pembayaran berjaya dan teruskan untuk cetak ‘Zakat Payment Receipt’
Selain daripada itu, pengguna juga boleh membuat pembayaran Zakat Fitrah melalui JomPAY ke atas negeri Kelantan dan Pulau Pinang.
Layari pautan laman web tertera dibawah untuk mendapatkan Biller code dan Ref-1 anda :
- Kelantan - http://www.e-maik.my
- Pulau Pinang - http://www.zakatpenang.com
Cara pembayaran boleh rujuk pautan ini: Langkah-langkah pembayaran Zakat Fitrah melalui JomPAY