Produk ini melindungi anda daripada liabiliti anda kepada pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian, kerosakan harta pihak ketiga dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kepada kenderaan anda atau kecurian kenderaan anda.
Produk ini diunderaid oleh Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
Tempoh Perlindungan
1 Tahun
Pakej
- Tempoh perlindungan: satu tahun
- Pengisuan nota perlindungan serta-merta
- Berkait terus dengan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
- 15% rebat tunai untuk perlindungan Motor + NCD (No Claim Discount)
- Tiada fi perkhidmatan di kenakan untuk penarikan kereta sehingga RM200; dari tempat kejadian kemalangan sehingga ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terhampir, 24 jam sehari seluruh Malaysia.
PENERANGAN |
JUMLAH FI |
Fi Wakalah |
37.5% merangkumi
|
Duti Setem | RM10 |
Cukai barangan & perkhidmatan (GST) |
0% |