AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Hartani-i (Tawarruq)

Hartani-i menyediakan kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta individu berpendapatan stabil untuk tujuan membeli tanah pertanian.

Pembelian tanah termasuk pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Tanah yang hendak dibeli mempunyai geran hak milik individu (Individual Title) atau tanah-tanah yang telah dipecah bahagi mengikut bahagian dan/atau yang akan mendapat hak milik individu sahaja yang boleh dipertimbangkan.

Konsep Shariah yang digunapakai:-

  • Produk ini mengguna pakai konsep Tawarruq yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai. Melalui pembiayaan ini, pihak Bank akan membeli komoditi (kredit prabayar atau apa-apa komoditi yang dinasihatkan oleh pembekal komoditi ) daripada pembekal komoditi dengan harga kos (berdasarkan kepada jumlah pembiayaan). Kemudiannya, pihak Bank menjual komoditi tersebut kepada Pelanggan secara Murabahah iaitu harga kos ditambah keuntungan dengan bayaran tertangguh. Seterusnya,Bank sebagai wakil Pelanggan (Wakalah) menjual komoditi tersebut pada harga kos secara tunai kepada pihak ketiga. Hasil jualan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai amaun pembiayaan yang dikehendaki oleh Pelanggan. Komoditi yang diguna pakai bagi tujuan transaksi Tawarruq tertakluk kepada Pembekal Komoditi.
 

 

HUBUNGI KAMI

Ciri-Ciri Produk

Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:

Had Pembiayaan Margin Pembiayaan sehingga 90% mengikut had kelayakan pemohon.
Tempoh Pembiayaan Maksimum adalah 240 bulan (20 tahun) atau sehingga pemohon berumur 60 tahun pada tarikh matang pembiayaan (mana-mana yang lebih awal).
Kadar 

Kadar Keuntungan
Bermula dari Kadar Asas (KA) + 4.10% setahun atas baki bulanan.
*Tertakluk kepada margin pembiayaan dan penilaian kredit pelanggan.
 Kadar Keuntungan Siling (CPR):
Kadar Asas (KA)+ 7.15% setahun atau 10% setahun, mana-mana yang lebih tinggi bagi pengiraan harga jualan.
 Kadar Keuntungan Efektif (EPR):
Pada kadar semasa dan tidak melebihi kadar keuntungan siling yang dikenakan dan dikira pada baki bulanan.


Nota: KA semasa adalah 2.35%

Yuran & Caj Lain

Bayaran Duti Setem Seperti yang termaktub di bawah Akta Setem 1949 (Disemak 1989)
Caj Guaman &   Pembayaran Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan yuran-yuran lain yang berkaitan (sekiranya berkaitan)
Fi Broker 

RM30.00 bagi setiap transaksi 

Nota

  • Pihak Bank akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada fi dan caj yang berkaitan
  • Fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan ("SST") sebanyak 6% (jika berkenaan)

 

Muat Turun Lembaran Maklumat Produk (Bahasa)

Muat turun risalah (A4)