AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pembiayaan Modal Kerja Perdagangan-i (TWCF-i)

Ianya adalah kemudahan pembiayaan jangka pendek bagi tujuan keperluan modal pusingan berdasarkan jenis pembiayaan yang dibenarkan oleh Bank seperti:

  • Projek Pengeluaran Utama: Penanaman, Penternakan dan Perikanan dan lain lain
  • Pembuatan: Makanan, Produk kesihatan, Perabot dan lain-lain
  • Perdagangan dan aktiviti pemasaran : Pertanian dan produk makanan, produk perhutanan, perdagangan am dan lain-lain
  • Lain-lain projek yang berkaitan dengan industri pertanian dan asas tani yang berkonsepkan patuh Syariah.

 

Konsep

 

HUBUNGI KAMI

 

Ciri-Ciri Produk

Jenis kemudahan dan pembiayaan TWCF-i

Jenis Kemudahan secara:

a) Pembiayaan Belian (Murabahah)

Pembiayaan modal kerja pelanggan berdasarkan dokumen sokongan seperti invois &/atau dokumen pengangkutan sebagai bukti pembelian.

b) Pembiayaan Jualan (Bai Al-Dayn)

Pembiayaan ini digunakan bagi membiayai pelanggan yang menjual secara terma kredit. Pelanggan akan menyelesaikan pembiayaan tersebut terus kepada Bank apabila menerima hasil jualan atau pada tarikh matang pembiayaan, mengikut mana yang terdahulu.

Tempoh

Minimum: 14 hari

Maksimum: 180 hari atau seperti yang diluluskan oleh pihak Bank

Jumlah Kemudahan

Sehingga 100% atas nilai muka sesuatu invois/kos barangan tetapi tidak melebihi jumlah kemudahan.