AgroMuda-i PLUS semai tabiat menabung anak anda untuk masa depan yang lebih cerah dengan akaun simpanan AgroMuda-i PLUS yang direka khas untuk penyimpan muda berusia seawal satu (1) hari.
Konsep Shariah
- Tawarruq terdiri daripada dua (2) kontrak iaitu kontrak jualan dan kontrak pembelian di mana transaksi yang pertama melibatkan penjualan asset (Komoditi) kepada pembeli dengan bayaran secara tertangguh dan transaksi berikutnya yang melibatkan penjualan asset (Komoditi) kepada pihak ketiga dengan bayaran secara tunai.
BUTIRAN PRODUK
Jenis Akaun dan Kelayakan
BUTIRAN AKAUN |
|
Akaun Amanah (kendalian ibu bapa atau penjaga) |
Terbuka kepada kanak-kanak Warganegara Malaysia berumur 12 tahun hingga di bawah 18 tahun. |
Akaun Amanah (kendalian ibu bapa atau penjaga) |
Terbuka kepada kanak-kanak Warganegara Malaysia berumur seawal satu (1) hari sehingga di bawah 12 tahun. |
Akaun Luar |
Terbuka kepada kanak- kanak dan remaja di bawah 18 tahun sebagai pemegang akaun utama dan diurus oleh sama ada ibu bapa atau penjaga berumur 18 tahun dan ke atas. |
Deposit Permulaan Minimum
- Akaun Amanah: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM10.00
- Akaun Minor: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM10.00
- Akaun Luar: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00
Baki Minimum
- Akaun Amanah: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM10.00 pada bila-bila masa
- Akaun Minor: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM10.00 pada bila-bila masa
- Akaun Luar: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM20.00 pada bila-bila masa
KELEBIHAN PRODUK
- Hibah dikredit secara bulanan mengikut Kadar Keuntungan Efektif semasa yang ditentukan oleh pihak Bank
- Pembukaan akaun TANPA buku akaun “Passbook-less”. Penyata boleh diakses melalui perbankan internet
- Pusat Panggilan Agrobank beroperasi 24 jam
- Akses yang luas kepada mana-mana perdagangan runcit menggunakan Kad Agro VISA Debit-i (12 tahun dan ke atas)