AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Fixed Return Islamic Account-i (FRIA-i)

 

FRIA-i adalah akaun deposit berjangka patuh Syariah untuk Pelanggan individu dan bukan individu berumur 18 tahun dan ke atas di mana kadar keuntungan akan diketahui Pelanggan semasa permohonan atau semasa pembaharuan akaun berdasarkan konsep Tawarruq.

 

Kriteria Kelayakan

  • Mesti berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada individu dan bukan individu.

 

HUBUNGI KAMI

 

Ciri-ciri Produk

Jenis Pembayaran Keuntungan

  • Keuntungan secara upfront akan dibayar pada tarikh kuat kuasa deposit.
  • Keuntungan secara bulanan, setengah tahun, tahunan atau tarikh matang akan dibayar mengikut tarikh (point to point) deposit.

Tempoh

1, 3, 6, 9, 12, 15, 18, 24, 36, 48 dan 60 bulan

Minima deposit pembukaan

Tempoh / Pulangan

Individu/ Bukan-Individu

Deposit sekuriti secara upfront

RM 5,000

1 bulan

RM 5,000

3 bulan dan ke atas

RM 1,000

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan tetap ditentukan semasa pembukaan akaun atau semasa pembaharuan akaun.


Nota: Sebarang perubahan ciri-ciri yang dinyatakan tertakluk kepada budi bicara pihak Bank.

Yuran & Caj Lain

Fi Broker (Pengeluaran pra-matang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari)

Fi Pembrokeran sebanyak 0.05% dari jumlah deposit atau RM50.00, yang mana  lebih rendah, akan ditanggung oleh Bank. Walau bagaimanapun jumlah tersebut akan ditanggung oleh Pelanggan sekiranya berlaku pengeluaran pra-matang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dan ke bawah dari tarikh penempatan deposit. 

Penggantian kehilangan Sijil Deposit Berjangka

Duti setem RM10.00 bagi Surat Indemniti dan RM5.00 setiap sijil akan dikenakan.

Penggantian kerosakan Sijil Deposit Berjangka

RM5.00 setiap sijil akan dikenakan.


Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa.

Nota: Yuran dan caj di atas adalah tertakluk kepada GST 0%

Lembaran Maklumat Produk

Fi & Caj

Terma & Syarat