AGROAgent adalah ejen perbankan yang diberi kuasa oleh Agrobank untuk menyediakan perkhidmatan perbankan ejen bagi menerima deposit, memudahkan pengeluaran, pemindahan dana, pembayaran bil dan tambah nilai mudah alih. AGROAgent dikembangkan khusus untuk mengatasi kesukaran mendapatkan perkhidmatan perbankan yang berkualiti, terutama bagi orang-orang di kawasan terpencil dan luar bandar.
Perkhidmatan ini ditawarkan melalui agen terpilih di seluruh negara dalam premis peruncitan menggunakan teknologi terminal e-POS.
Konsep
Konsep syariah yang digunakan untuk AGROAgent adalah berdasarkan Wakalah Bi-Ujrah. Konsep ini merujuk kepada kontrak perwakilan antara Agrobank dan Ejen Perbankan Agrobank yang mana Ejen bertindak sebagai wakil Bank untuk membuka kaunter bagi pihak Agrobank dengan menawarkan perkhidmatan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Bank akan membayar upah tertentu kepada ejen yang dilantik untuk kerja yang dilakukan.
Visi:
Menjadi peneraju dan pilihan utama perkhidmatan Ejen Perbankan.
Misi:
Menerajui usaha dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di luar bandar melalui:
- Perkhidmatan Ejen Perbankan yang menyeluruh, mudah diguna dan efektif
- Menjadi Bank yang menerajui usaha memperkembangkan perkhidmatan perbankan di luar bandar
- Menjadi Bank pilihan untuk sektor pertanian, luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan
Kelebihan AGROAgent :
- Mudah diakses
- Lebih tertumpu di kawasan luar bandar dengan lokasi yang hampir kepada penempatan pelanggan
- Waktu operasi yang lebih panjang (9 pagi hingga 9 malam setiap hari)
- Transaksi perbankan menjadi lebih mudah dan tidak rumit, terutamanya dengan bantuan ejen yang terlatih
- Tiada Caj Perkhidmatan
- Lebih menjimatkan kos dan masa yang diperlukan untuk ke premis bank di luar kawasan penempatan
Perkhidmatan yang kami tawarkan:
- Pengeluaran Tunai
- Pemindahan Dana antara akaun Agrobank
- Simpanan Tunai ke akaun Agrobank
- Pembayaran Pembiayaan
- Permintaan Penyata Mini
- Pembayaran Bil
- Tambahnilai Pra-Bayar
Had Transaksi
Jenis Urusan | Deposit Tunai | Pengeluaran Tunai | Pindahan Dana | Pembayaran Bil | Tambahnilai Pra-Bayar |
Bilangan Urusan Maksimum Sehari | 3 kali | 3 kali | 3 kali | 1 kali | Tiada had |
Amaun (RM) Maksima Urusan Harian | 1,500 | 1,500 | 9,000 | 3,000 | 500 |
Amaun (RM) Minima & Maksima untuk setiap kali urusan | 10 & 500 | 10 & 500 | 10 & 3,000 | 1 & 3,000 | 5 & 150 |
*Bergantung kepada had transaksi Syarikat Saudagar
Soalan Lazim
Apakah perkhidmatan Perbankan Ejen Agrobank?
Satu saluran perbankan alternatif oleh Agrobank untuk penduduk kawasan pinggir & luar bandar yang tiada/kekurangan kemudahan perkhidmatan perbankan.
Bagaimanakah perkhidmatan perbankan ini dijalankan?
- Melalui perkhidmatan perbankan ini, Agrobank akan melantik wakil/ejen sah yang terpilih untuk melaksanakan urusan perbankan bagi pihak Agrobank.
- Transaksi urusniaga akan dikuncimasuk dengan menggunakan POS terminal.
- Urusan yang berlaku adalah secara ‘on-line’.
Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan?
Urusan perbankan asas seperti deposit, pengeluaran, pindahan dana, pembayaran bil dan pembelian tambahnilai pra-bayar boleh dilakukan di lokasi Ejen Agrobank.
Apakah waktu operasi harian Perbankan Ejen Agrobank?
Waktu operasi harian bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam (tertakluk kepada waktu urusniaga ejen).
Adakah perkhidmatan perbankan ini adalah patuh syariah?
- Ya. Perkhidmatan perbankan ini adalah patuh syariah. Konsep syariah yang digunapakai adalah Wakalah Bi-Ujrah.
- Wakalah Bi-Ujrah merujuk kepada kontrak perwakilan antara Agrobank dan Ejen Agrobank yang mana pihak ejen bertindak sebagai wakil kepada Bank dengan membuka kaunter Agent Banking bagi Agrobank dengan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
- Pihak Bank akan membayar upah yang tertentu kepada ejen yang dilantik atas kerja yang dilakukan.
Adakah sebarang caj perkhidmatan dikenakan kepada pelanggan untuk saluran perbankan ini?
Agrobank tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan kepada pelanggan untuk saluran perbankan ini.
Di mana ejen perbankan Agrobank boleh ditemui?
- Ejen boleh ditemui di lokasi-lokasi premis yang memaparkan tanda ‘Agrobank Ejen Bank Berdaftar’.
- Alamat lokasi ejen juga boleh diperolehi di laman website Agrobank.
Adakah perkhidmatan perbankan yang ditawarkan ini dijamin selamat daripada sebarang bentuk pencerobohan data / maklumat peribadi?
Ya. Agrobank memberi jaminan keselamatan data / maklumat peribadi pelanggan adalah terpelihara baik dan selamat daripada dicerobohi. Tahap keselamatan adalah menepati kehendak yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Adakah terdapat sebarang resit urusniaga dikeluarkan sebagai bukti penyempurnaan sesuatu urusniaga?
Ya. Terminal POS akan mencetak 2 salinan cetekan resit urusniaga. Satu salinan untuk ejen dan sesalinan lagi untuk simpanan pelanggan.
Adakah urusan ‘reversal’ dibenarkan untuk perkhidmatan perbankan ini?
Tidak. Urusan ‘reversal’ tidak dibenarkan dibuat di sistem.
Adakah terdapat had-had bilangan urusan dalam perkhidmatan perbankan ini?
Ya. Bilangan urusan yang boleh dilaksanakan di POS terminal adalah seperti berikut;
Bil |
Jenis Urusan |
Bil urusan Maksima sehari |
Amaun (RM) Maksima Urusan Harian |
Amaun (RM) Minima & Maksima untuk setiap kali urusan |
1. |
Deposit Tunai |
3 kali |
1,500 |
10 & 500 |
2. |
Pengeluaran Tunai |
3 kali |
1,500 |
10 & 500 |
3. |
Pindahan Dana |
3 kali |
9,000 |
10 & 3,000 |
4. |
Pembayaran Pembiayaan |
3 kali |
Tiada Had |
1 & Tiada Had |
5. |
Pembayaran Bil |
1 kali |
3,000* |
1 & 3,000* |
6. |
Tambah nilai Pra-bayar |
Tiada Had |
500 |
5 & 150 |
*Bergantung kepada had transaksi Syarikat Saudagar
Di mana maklumat lanjut berkaitan Perbankan Ejen Agrobank boleh diperolehi?
Sila kunjungi cawangan Agrobank berdekatan atau hubungi;
Seksyen Agent & Rural Banking (Jabatan Perbankan Digital)
Tingkat 23, Menara Agrobank, Leboh Pasar Besar,
Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur
Tel : 03-26142738 (DL), 03-27311600 (samb. 2738/2315/2313/2314)
Fax : 03-26912773
Di mana boleh diperolehi khidmat sokongan untuk perkhidmatan perbankan ejen Agrobank?
Sila hubungi AGROBANK CONTACT CENTRE
Talian : 1-300-88-2476 (AGRO)
Dari luar negara: +603-20790600
Emel : customer@agrobank.com.my
Faks : 03-26917790