MAEF-i adalah kemudahan pembiayaan untuk membiayai pembelian mesin, peralatan atau kenderaan utiliti pertanian dan pembuatan yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran yang berasaskan pertanian atau produk asas tani. Produk ini adalah berdasarkan konsep Syariah Bai' Bithaman Ajil (BBA) dan Murabahah.
Bai' Bithaman Ajil merujuk kepada akad jual beli berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu. Manakala, Murabahah merujuk kepada akad jual beli dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli.
Pasaran sasaran
- Operator jentera dan peralatan
- Enterpreneur dalam sektor pembuatan seperti pengeluaran, pemprosesan atau pemasaran produk pertanian atau produk asas tani
- Pemilik tanah
- Petani
Ciri-ciri Produk
Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri seperti berikut:
Jenis Mesin/ Peralatan |
Baru/Recon Merujuk kepada mesin dan peralatan yang didaftarkan dan digunakan untuk pertama kali atau mesin dan peralatan yang telah dibaik pulih dan didaftarkan di Malaysia untuk pertama kali |
Terpakai Merujuk kepada mesin dan peralatan yang telah didaftarkan dan digunakan sebelumnya di Malaysia. Usia bagi mesin atau peralatan terpakai mestilah tidak melebihi lima (5) tahun. |
Margin Pembiayaan | Sehingga 90% daripada kos mesin atau peralatan |
Sehingga 80% daripada kos mesin atau peralatan |
Tempoh | Maksimum sehingga sembilan (9) tahun (108 bulan) | Maksimum sehingga sembilan (9) tahun (108 bulan) |
Kadar Keuntungan | Minimum 7.00% | Minimum 10.00% |
Nota :
Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) semasa adalah 6.75% dan ditentukan oleh Agrobank dari semasa ke semasa.
Fi & Caj
Bayaran Pendaftaran JPJ |
Seperti di dalam bayaran JPJ yang dikenakan |
Bayaran Duti Setem |
Seperti yang termaktub di Akta Setem 1949 (Disemak 1989) |
Caj Guaman & Pembayaran |
Termasuk Yuran guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan yuran-yuran lain yang berkaitan (jika berkaitan) |
Sumbangan Takaful |
Berdasarkan jumlah yang dilindungi dan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) |
Lembaran Maklumat Produk MAEF-i