AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agro Bakti Financing Programme

 

Perkara

Butiran

Pasaran Sasar

Usahawan mikro yang terdiri daripada individu atau kumpulan individu Orang Kurang Upaya (OKU), yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menjalankan perniagaan Industri Asas Tani (IAT)

Tempoh Program

Sehingga keseluruhan dana diperuntukkan telah digunakan atau mengikut arahan pihak pengurusan bank dari masa ke semasa

Peruntukan Dana

RM5 juta

Kriteria Kelayakan

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur lapan belas (18) tahun dan sehingga enam puluh (60) tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan. 

c) OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

d) Usahawan Mikro (Individu atau Kumpulan) yang telah menjalankan Perniagaan Mikro Industri Asas Tani (IAT) melebihi dua belas (12) bulan. 

e) Menjadi ahli mana-mana persatuan OKU yang berdaftar di Malaysia.

f) Permohonan Pembiayaan adalah melalui persatuan OKU.

Kategori Jenis Kurang Upaya

i) Penglihatan

ii) Pendengaran

iii) Pertuturan 

iv) Kecacatan Anggota Badan

Kaedah Pembiayaan

Pembiayaan Mikro Berjangka MUS1M-i Normal

Kadar Keuntungan

5.50% setahun pada kadar tetap dan dikira atas baki bulanan

Had Pembiayaan

i) Minimum : RM3,000

ii) Maksimum : RM50,000

Tempoh Pembiayaan

Sehingga lima (5) tahun

Sekuriti

Tiada

Permohonan Dana

Permohonan dana Agro Bakti adalah melalui Section Head, Micro Business Section MBS. Ketika ketiadaan Section Head, MBS, permohonan dana adalah melalui penama di bawah:

No.

Permohonan Dana

1

Head, Commercial Banking Department

(ketika ketiadaan Section Head, Micro Business Section)

2

Deputy Chief Businesss Officer

(ketika ketiadaan Head, Commercial Banking Department)

3

Chief Businesss Officer

(ketika ketiadaan Deputy Chief Businesss Officer)

Dokumen yang diperlukan

Selain daripada dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan MUS1M-i Normal (rujuk MO-209), dokumen tambahan yang perlu dikemukakan oleh pelanggan adalah:

i.              Salinan Kad Pendaftaran OKU (JKM)

ii.             Surat Sokongan Persatuan OKU yang disertai oleh OKU

Permohonan Bersama

Permohonan bersama dengan ahli keluarga yang terdekat i.e., ibu, bapa, adik beradik kandung, suami, isteri atau anak yang bukan OKU bagi pemohon OKU yang kurang upaya (bagi                kurang upaya penglihatan sahaja).

Suratcara Pembiayaan

i.              Surat Makluman Tawaran

ii.             Purchase Intention

iii.            Master Commodities Sale Agreement (MCSA)

Pelanggan OKU perlu melantik wakil melalui Klausa Penyaksian seperti yang terkandung di dalam MCSA (jika perlu) bagi penyempurnaan suratcara pembiayaan.

Akad Transaksi Tawarruq

Pelanggan OKU perlu melantik wakil melalui  Surat Pelantikan Wakil seperti yang terkandung di dalam MCSA  dan pelantikan wakil (jika perlu) hendaklah orang bukan OKU dan dipercayai oleh pelanggan OKU tersebut.

Syarat-syarat wakil adalah seperti berikut:

i. Wakil untuk melaksanakan akad dengan pihak Bank hendaklah bertindak demi kemaslahatan pelanggan OKU tersebut, dengan tanpa prejudis.

ii. Sekiranya permohonan tersebut melibatkan permohonan bersama, pemohon kedua hendaklah dari kategori bukan OKU dan pemohon kedua tersebut boleh menjadi wakil kepada pelanggan OKU untuk melaksanakan akad.

iii. Wakil yang dilantik oleh pelanggan OKU hendaklah orang yang dipercayai oleh pelanggan OKU tersebut.


You might also like