Akaun Simpanan AgroTani-i (Bukan Warganegara) adalah untuk Individu Bukan Warganegara bagi memudahkan pengurusan kewangan anda dalam mata wang Malaysia. Agrobank menawarkan dua jenis akaun iaitu Akaun Perseorangan dan Akaun Amanah.
Konsep Syariah
- Konsep Syariah yang digunapakai adalah Qard. Qard merujuk kepada kontrak pinjaman wang oleh pemberi pinjaman (Pelanggan) kepada peminjam (Bank) di mana peminjam adalah terikat untuk membayar balik jumlah pinjaman tersebut kepada pemberi pinjaman. Pihak Bank dalam situasi ini adalah menjamin bayaran balik jumlah pinjaman dan akan memulangkan jumlah pinjaman tersebut kepada Pelanggan sewajarnya; tertakluk kepada prosedur-prosedur semasa Bank.
Ciri-ciri Produk
Kelayakan Pemohon
- Terbuka kepada Individu Bukan Warganegara yang memiliki pasport dan permit kerja dan/atau visa yang sah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Jenis-jenis Akaun
Akaun | Butiran |
Akaun Perseorangan |
Terbuka kepada Individu Bukan Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas. |
Akaun Amanah |
Terbuka kepada kanak-kanak berumur 1 hari sehingga di bawah 18 tahun dan akaun tersebut dikendalikan oleh Individu Bukan Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas. |
Deposit Permulaan
- Akaun Perseorangan :-Jumlah Minimum bagi deposit permulaan adalah RM50.00
- Akaun Amanah :- Jumlah Minimum bagi deposit permulaan adalah RM50.00
Baki Minimum
- Baki minimum adalah tidak kurang dari RM10.00 pada setiap masa.
Kelebihan
- Pelbagai saluran bagi urusan transaksi perbankan melalui cawangan-cawangan Agrobank di seluruh negara, mesin ATM, perkhidmatan Ejen Perbankan Agrobank dan Perbankan Internet