AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Surat Kredit-i

Merupakan satu akujanji bertulis yang dikeluarkan oleh Bank kepada penjual (benefisiari) atas permintaan pembeli (pemohon) untuk membayar sejumlah wang sebagai balasan kepada dokumen yang diserahkan kepada Bank dalam had tempoh yang ditetapkan serta mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan di dalam Surat Kredit-i.

 

Product Details

Jenis Surat Kredit-i

a) Surat Kredit-i Sight (Sight LC-i)

Surat Kredit jenis ini membolehkan penjual mendapat pembayaran segera setelah penghantaran barangan di lakukan dengan syarat dokumen yang diperlukan telah dikemukakan kepada Bank pengeluar atau Bank yang mengesahkan dan segala terma dan syarat telah dipatuhi.

b) Surat Kredit-i Usance (Usance LC-i)

Melalui Surat Kredit-i (Usance) ini, setelah penghantaran barangan di lakukan oleh benefisiari dan dokumen diserahkan kepada Bank pengeluar atau Bank yang mengesahkan. Pembayaran akan dilakukan pada satu tempoh matang yang ditetapkan seperti yang telah dipersetujui oleh benefisiari dan pemohon.

Kontrak Syariah

a) Wakalah

b) Murabahah

Manfaat
  • Kemudahan pembelian/pengimpotan barangan bagi urusniaga domestik dan luar negara tanpa perlu membuat pembayaran awal.
  • Bank bertindak sebagai pengantara antara penjual dan pembeli dalam mencapai persetujuan dengan menyediakan kaedah pembayaran yang efisien.

HUBUNGI KAMI