AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Special Advance for Islamic Account-i (SAFIA-i)

Special Advance for Islamic Account-i (SAFIA-i) adalah pembiayaan tunai jangka pendek untuk pemegang akaun Deposit Berjangka-i.

Kemudahan pembiayaan ini membolehkan Pelanggan mendapatkan aliran tunai bagi memenuhi keperluan kewangan tanpa perlu mengeluarkan akaun Deposit Berjangka-i mereka sebelum tempoh matang.

Pelaksanaan produk ini adalah berdasarkan konsep Tawarruq.

Ciri-ciri Produk

Had Pembiayaan

Minimum : RM5,000.00

Maksimum: 150% daripada nilai Deposit Berjangka-i

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan adalah tertakluk kepada margin pembiayaan seperti dibawah:

Margin pembiayaan sehingga 100%

Minimum: 3 bulan
Maksimum : 12 bulan

Margin pembiayaan sehingga 150%

Minimum :3 bulan
Maksimum : 36 bulan

Kadar Keuntungan (Tertakluk kepada perubahan semasa)

Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada margin pembiayaan dan tujuan pembiayaan seperti dibawah:

Margin Pembiayaan Sehingga 100%

Industri Asas Tani dan Pemakanan
Kadar Keuntungan Deposit Berjangka-i + 1.00% setahun.

Bukan Industri Asas Tani dan Pemakanan
Kadar Keuntungan Deposit Berjangka-i + 2.00% setahun.

Margin Pembiayaan Sehingga 150%

Industri Asas Tani dan Pemakanan
Bagi 100% yang pertama:
Kadar Keuntungan Deposit Berjangka-i + 1.00% setahun.

Bagi 101%-150% seterusnya 

Kadar Asas Standard (KAS) + 4.45% setahun

Bukan Industri Asas Tani dan Pemakanan
Bagi 100% yang pertama:
Kadar Keuntungan Deposit Berjangka-i + 2.00% setahun.

Bagi 101%-150% seterusnya

Kadar Asas Standard (KAS) + 4.95% setahun

Kadar Keuntungan Siling (CPR):
Kadar Asas Standard (KAS) + 7.75% setahun atau 10% setahun, mana-mana yang lebih tinggi bagi pengiraan harga jualan.

Kadar Keuntungan Efektif (EPR):
Pada kadar semasa dan tidak melebihi kadar keuntungan siling yang dikenakan dan dikira pada baki bulanan.

Nota : KAS semasa ialah 3.00%

Fi & Caj

 

Duti Setem Seperti di dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989)
Fi Broker  RM15.00 bagi setiap transaksi 

 

Nota

  • Pihak Bank akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada fi dan caj yang berkaitan
  • Fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan ("SST") sebanyak 8% (jika berkenaan)

Jaminan atau Cagaran

 

  • Deposit Berjangka-i hendaklah diambil sebagai cagaran.
  • Seorang penjamin yang berkelayakan diperlukan bagi margin pembiayaan 101%-150%

 

Muat Turun

PDS SAFIA-i (BAHASA)

FAQ BERKAITAN PENJAMIN BAGI PRODUK SAFIA-i

HUBUNGI KAMI