Program Microenterprise Special Relief (MRP 2.0) menyediakan pembiayaan kepada usahawan mikro bagi meningkatkan kecekapan rantaian nilai khususnya dalam sektor pengeluaran makanan.
Skop pembiayaan merangkumi kos operasi serta pembelian atau pembangunan aset tetap, termasuk perbelanjaan yang berkaitan dengan pematuhan kepada keperluan pensijilan halal seperti Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), dan Malaysian Food Safety and Quality Scheme (MESTI), serta aktiviti perniagaan lain yang mematuhi Syariah. Selain itu, pembiayaan semula (overlapping) juga dibenarkan dalam program ini.
Konsep Shariah
- Tawarruq
Konsep Shariah yang diguna pakai untuk program ini ialah Tawarruq. Tawarruq terdiri daripada dua kontrak jual beli di mana pelanggan membeli Komoditi daripada Bank pada penambahan harga jualan (Harga Jualan Bank) secara bayaran tertunda dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi secara tunai pada Harga Belian Bank dengan objektif untuk mendapatkan wang tunai. - Wakalah
Di bawah Kemudahan ini, Bank akan menggunakan mekanisme dwi-agensi di bawah konsep Wakalah. Pelanggan melantik Bank sebagai ejen pelanggan untuk menerima pembelian komoditi daripada Bank dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi lain bagi pihak pelanggan untuk melengkapkan transaksi Tawarruq.
Kemudahan Pembiayaan
Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM1,000
- Maksimum: RM100,000
Tempoh Kemudahan Pembiayaan
- Sehingga 7 tahun (84 bulan)
Kadar Keuntungan
- Serendah 4.75% p.a di kira pada baki bulanan
Margin Pembiayaan
- Sehingga 100% termasuk kos sumbangan takaful,setem duti dan suratcara pembiayaan (Jika berkaitan)
Tanpa Cagaran
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berusia di antara 21 tahun (semasa permohonan) dan sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan)
- Individu bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana entiti pendaftaran perniagaan adalah layak untuk memohon perbiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat semasa pihak bank
- Merupakan usahawan mikro yang menepati kriteria seperti yang dinyatakan pada definisi SME, SME Corporation Malaysia.
- Perniagaan yang dijalankan adalah didaftarkan di bawah mana-mana entiti pendaftaran yang berkaitan di malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurang tempoh 12 bulan.
Dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama, sekiranya berkenaan).
- Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh dua belas (12) bulan terkini.
- Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
- Mana-mana dokumen pendapatan yang diterima oleh pihak bank bagi tujuan pembuktian sumber pendapatan.
Muat turun risalah A5 (versi BM)