AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

COVID-19 : Bantuan Kewangan & Sokongan oleh Agrobank

Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perbankan berorientasikan sektor pertanian dan industri makanan, Agrobank telah mengambil langkah proaktif dan menyeluruh bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada komuniti usahawan mikro, terutamanya yang terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi terutamanya sektor pertanian berasaskan makanan bagi mengharungi cabaran ekonomi pasca COVID-19.

Inisiatif bantuan kewangan ini melibatkan pembiayaan khas bagi pemulihan perniagaan atau projek serta penyusunan semula bayaran pembiayaan sedia ada pelanggan.

PAKEJ PEMBIAYAAN KHAS

Dalam pakej pembiayaan khas ini, Agrobank menyediakan pakej dana yang boleh disesuaikan dengan keperluan perniagaan atau projek bagi komuniti sasaran, seperti berikut;

1. Kemudahan Skim AgroMakanan (PENJANA)

  • Bagi menyokong keperluan kewangan bagi sektor pertanian dan makanan negara terutamanya usahawan mikro dan komuniti B40 yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Agrobank telah menyediakan skim pembiayaan khas di bawah Skim AgroMakanan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Berikut merupakan ciri-ciri Skim AgroMakanan (PENJANA):

Deskripsi Butiran
Objektif Kemudahan

Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan Mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas.

Jumlah Peruntukan Dana

RM350 juta.

Syarat Kelayakan

● Pengusaha mikro dan komuniti B40 dan berwarganegara Malaysia.
● Berumur daripada 18 tahun sehingga 65 tahun semasa tempoh permohonan.
● Had umur dari 18 tahun hingga 65 tahun semasa permohonan dilakukan
● Tidak dikenakan tindakan undang-undang @ diisytiharkan bankrap @ boleh membawa kepada tindakan kebankrapan

Tujuan Pembiayaan

● Perbelanjaan Modal kerja dan/atau
● Pembelian aset/peralatan perniagaan

Jumlah Pembiayaan Maksimum

● Sehingga RM50,000.00 bagi setiap pelanggan.

Kadar Keuntungan Kepada Pelanggan

Kadar keuntungan pembiayaan adalah 3.5% setahun.

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 5 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama.

Cagaran

Tiada cagaran diperlukan di bawah kemudahan ini.

Ketersediaan Kemudahan

Mulai September 2020.

 

Muat turun soalan-soalan lazim (FAQ) Skim AgroMakanan (PENJANA)

2. Kemudahan Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS)

  • Skim Kredit Mikro Sarawak telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 30 Mac 2020 di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang dan bertujuan membantu golongan B40 dan usahawan mikro, kecil dan sederhana yang bermastautin dan beroperasi di negeri Sarawak; termasuk golongan usahawan yang terjejas akibat daripada penularan wabak COVID-19.
  • Agrobank sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan, menyokong inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan menyalurkan kemudahan pembiayaan melalui dua (2) bentuk skim iaitu Skim Kredit Mikro Sarawak 1 (SKMS 1) dan Skim Kredit Mikro Sarawak 2 (SKMS 2) dengan kerjasama dan peruntukan dana yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM25 juta.

 

Ciri-ciri SKMS 1  SKMS 2
Skop dan Tujuan Kemudahan Pembiayaan

● Bagi menyediakan modal kerja untuk tujuan menjalankan perniagaan bagi sektor pertanian (kecuali sektor pertanian utama/primer) dan sektor bukan pertanian merangkumi perniagaan pemprosesan, pembuatan dan perkhidmatan.
● Bertujuan menyediakan perbelanjaan modal untuk pembelian peralatan, mesin dan alatan-alatan kegunaan perniagaan.

Syarat Kelayakan Asas

● Warganegara Malaysia Kelahiran Sarawak;
● Terbuka bagi permohonan individu atau milikan tunggal
● Berusia 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun; Pemohon berusia 60 tahun adalah dibenarkan untuk memohon dengan mengemukakan seorang Pembiaya bersama yang berusia tidak melebihi 60 tahun.
● Perniagaan beroperasi di dalam Negeri Sarawak; dan
● Perniagaan sah berdaftar di bawah Undang-Undang Malaysia dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan semasa permohonan pembiayaan.

Syarat Kelayakan Khas

Individu di bawah Kategori B40 (pengesahan B40 mestilah disokong dengan dokumen dari pihak berkaitan).

Usahawan di bawah kategori B40, usahawan mikro, kecil dan sederhana termasuk persatuan dan juga koperasi.

Had Pembiayaan

Minimum RM1,000 dan maksimum RM10,000.

Minimum RM5,001 dan maksimum RM50,000.

Had Tempoh Pembiayaan dan Moratorium

Minimum 1.5 tahun dan maksimum adalah 3.5 tahun (termasuk tempoh moratorium 6 bulan).

Minimum 1.5 tahun dan maksimum adalah 5.5 tahun (termasuk tempoh moratorium 6 bulan).

Kadar Keuntungan kepada Pelanggan

Tiada kadar keuntungan dikenakan (0%).

● Tiada kadar keuntungan dikenakan (0%) untuk bulan pertama sehingga bulan ke-42
● Kadar keuntungan pada 4% dikenakan bermula pada ansuran ke-43 dan sehingga tamat tempoh pembiayaan /selesai pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).

Cagaran dan sekuriti sebagai sokongan kredit

● Tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, bagi SKMS 2, seorang perujuk diperlukan.
● Perujuk (referral) boleh terdiri di kalangan Pengerusi persatuan/pertubuhan atau mana-mana pegawai yang dilantik. Jika pelanggan bukan ahli persatuan atau dari mana-mana pertubuhan,maka perujuk boleh diambil dari ahli keluarga terdekat.

 

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN DANA BANK NEGARA MALAYSIA (BNM)

Selain daripada Pakej Bantuan Khas PENJANA yang disasarkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan khas bagi membantu melancarkan aliran tunai perniagaan/projek yang disasarkan kepada usahawan mikro yang terjejas oleh COVID-19, Agrobank juga menyediakan kemudahan pembiayaan lain di bawah Pakej Rangsangan 2020 BNM seperti berikut;

3. Kemudahan Micro Enterprises Facility (MEF)

  • Dengan peruntukan dana sebanyak RM300 juta, kemudahan MEF yang ditawarkan oleh Agrobank adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan mikro tanpa cagaran pada kos yang berpatutan. Pengusaha mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

 

Deskripsi Butiran
Objektif Kemudahan

Kemudahan pembiayaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan mikro tanpa cagaran untuk perusahaan mikro pada kos yang berpatutan.

Jumlah Peruntukan Dana

RM300 juta.

Syarat Kelayakan

● Pengusaha mikro warganegara Malaysia.

Tujuan Pembiayaan

● Perbelanjaan Modal kerja dan/atau
● Pembelian aset/peralatan perniagaan

(Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada)

Jumlah Pembiayaan Maksimum

● Sehingga RM50,000.00 bagi setiap pelanggan mikro.

Kadar Keuntungan Kepada Pelanggan

Kadar keuntungan pembiayaan adalah 4.5% setahun.

(Nota: Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia)

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 5 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama.

Cagaran

Tiada cagaran diperlukan di bawah kemudahan ini.

Ketersediaan Kemudahan

Mulai 6 March 2020.

 

4. Kemudahan AgroFood (AF)

  • Dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, kemudahan AgroFood yang ditawarkan oleh Agrobank adalah bertujuan untuk membantu usahawan mikro meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia dan juga untuk tujuan pengeksportan.

Usahawan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh sehingga 8 tahun.

Deskripsi Butiran
Objektif Kemudahan

Meningkatkan pengeluaran agromakanan Malaysia dan untuk tujuan eksport melalui penyediaan dan pembiayaan pada kadar yang berpatutan.

Jumlah Peruntukan Dana

RM1 billion

Syarat Kelayakan

Perusahaan mikro atau PKS Malaysia dengan pemilikan saham sekurang-kurangnya 51% oleh warganegara Malaysia (Nota: Definisi PKS adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia)

Tujuan Pembiayaan

● Perbelanjaan Modal; dan/atau
● Perbelanjaan Operasi
● Pembangunan Projek
(Nota:Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada)

Jumlah Pembiayaan Maksimum

● Sehingga RM150,000.00 bagi setiap pelanggan mikro.

Kadar Keuntungan Kepada Pelanggan

Untuk Pembiayaan Islamik, kadar keuntungan untuk kontrak Islamik adalah sehingga 3.75% atas baki tahunan, termasuk  jaminan, sekiranya ada.
(Nota: Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada)

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 8 tahun dari tarikh pengeluaran pertama pembiayaan.

Ketersediaan Kemudahan

Bermula daripada 6 March 2020.

 

5. Kemudahan All Economic Sectors (AES)

  • Dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion (termasuk peruntukan RM300 juta untuk ADF), kemudahan AES yang ditawarkan olah Agrobank adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan akses usahawan mikro dalam semua sektor ekonomi dan juga PKS yang kurang mendapat perkhidmatan pada kos yang munasabah.

Usahawan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh sehingga 5 tahun.

Deskripsi Butiran
Objektif Kemudahan

Kemudahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk usahawan mikro dalam semua sektor ekonomi serta PKS yang kurang mendapat perkhidmatan pada kos yang munasabah.

Jumlah Peruntukan

RM6.8 billion (termasuk peruntukan RM300 juta untuk ADF).

Kriteria Kelayakan

Usahawan Mikro / PKS warganegara Malaysia dengan 51% saham adalah dimiliki oleh warganegara Malaysia.
(Nota: Definisi PKS adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia)

Tujuan Pembiayaan

● Perbelanjaan Modal dan/atau
● Perbelanjaan Operasi
(Nota:Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sediaada)

Jumlah Pembiayaan Maksimum

● Sehingga RM150,000.00 bagi setiap pelanggan mikro.

Kadar Keuntungan Kepada Pelanggan

Kadar pembiayaan maksimum adalah berdasarkan risk profile PKS (Sehingga 31 Disember 2020) iaitu di antara 5.0% sehingga 7.0% setahun.

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 5 tahun daripada tarikh pengeluaran pertama.

Ketersediaan Kemudahan

Mulai 6 Mac 2020.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej kemudahan pembiayaan yang disediakan Agrobank terutamanya bagi usahawan mikro dan komuniti B40 yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19 dan PKP ini, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di 1-300-88-2476.