SAWIT-i adalah kemudahan pembiayaan kepada pekebun-pekebun kecil yang terlibat dalam tanaman kelapa sawit berskala kecil. Pelaksanaan produk ini adalah berdasarkan transaksi Tawarruq.
Kemudahan pembiayaan untuk:
- Penanaman Semula; atau
- Penambahan Kawasan Tanaman Sedia Ada
Ciri-ciri Produk
Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri berikut. Sebagai contoh:
Jumlah Pembiayaan | RM 50,000 |
Tempoh Pembiayaan | 10 tahun atau 120 bulan |
Kadar Keuntungan | *9.00% setahun atas baki bulanan |
*Nota: Kadar Asas Berian Pembiayaan (KABP) (7.00%) + 2.0%. KABP tertakluk kepada perubahan semasa.
Kelebihan
- Kadar pembiayaan yang menarik dan berdaya saing.
- Pemprosesan dan kelulusan pembiayaan yang cepat.
- Proses pengeluaran pembiayaan yang cepat.
Kriteria Kelayakan
- Pekebun kecil individu.
- Organisasi Industri Kelapa Sawit atau agensi-agensi kerajaan yang menguruskan pekebun kecil.
- Syarikat yang mempunyai modal berbayar kurang dari RM2.5 juta.
Yuran & Caj Lain
Duti Setem | Seperti di dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989) |
Caj Guaman & Pembayaran | Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/ muflis dan caj-caj lain yang berkaitan. |
Sumbangan Takaful
Caj Pembrokeran/ Perdagangan
|
Tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang diberikan
Caj pembrokeran/ perdagangan untuk setiap transaksi Tawarruq adalah RM7 bagi setiap juta nilai pembelian komoditi.
|
Nota: Apa-apa perubahan pada fi dan caj yang berkaitan akan di buat secara bertulis oleh Bank.
Muat Turun Lembaran Maklumat Produk