AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

AgroPerdana-i PLUS

AgroPerdana-i PLUS merupakan Akaun GIRO patuh Syariah yang memberikan anda akses kepada pelbagai kemudahan perbankan bagi memudahkan traksaksi kewangan anda. Akaun ini direka untuk Bukan-Individu seperti Entiti Perniagaan dan Agensi Kerajaan.

Konsep Shariah

  • Tawarruq terdiri daripada dua (2) kontrak iaitu kontrak jualan dan kontrak pembelian di mana transaksi yang pertama melibatkan penjualan asset (Komoditi) kepada pembeli dengan bayaran secara tertangguh dan transaksi berikutnya yang melibatkan penjualan asset (Komoditi) kepada pihak ketiga dengan bayaran secara tunai.

 

BUTIRAN PRODUK

Jenis Akaun dan Kelayakan Pemohon

BUTIRAN AKAUN

Akaun Bukan Individu

Akaun ini adalah untuk Bukan Individu seperti Syarikat, Koperasi, Persatuan, Pertubuhan dan Kelab yang sah berdaftar dan diuruskan sekurang-kurangnya oleh dua (2) Individu berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Deposit Permulaan Minimum

  • Akaun Penyata: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM100.00
  • Akaun Kerajaan/Agensi Kerajaan: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM1,000.00
  • Akaun Kutipan: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah RM1,000.00

 

Baki Minimum

  • Akaun Penyata: Jumlah minimum bagi deposit permulaan adalah tidak kurang daripada RM100.00 pada setiap masa.
  • Akaun Kerajaan/Agensi Kerajaan: Tiada baki minimum diperlukan.
  • Akaun Kutipan: Tiada baki minimum diperlukan.

 

KELEBIHAN PRODUK

  • Tiada “Introducer” diperlukan.
  • Keuntungan dikredit secara bulanan mengikut Kadar Keuntungan Efektif semasa yang ditentukan oleh pihak Bank.
  • Pembukaan akaun TANPA buku akaun “Passbook-less”. Penyata boleh diakses melalui Perbankan Internet.
  • Pusat Panggilan Agrobank beroperasi 24 jam.
  • Transaksi atas talian yang mudah dan selamat melalui Perbankan Internet AGRONetBIZ.
  • Kemudahan Cash Management Solution (CMS).

HUBUNGI KAMI