AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

PROGRAM – Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS)

Skim Insentif Pembiayaan TSPKS 2.0 diperkenalkan khusus bagi kerja-kerja penanaman semula sawit untuk pengusaha sawit khususnya pekebun kecil persendirian.

Dibawah skim ini, dana yang disediakan adalah terdiri daripada komponen geran (50%) dan sebahagian lagi adalah dalam bentuk pembiayaan (50%) kepada pekebun kecil persendirian.

Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon berusia di antara 18 tahun – 70 tahun (semasa permohonan);
  • Jumlah keluasan pemilikan tanah penanaman sawit tidak melebihi 10 hektar
    (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak);
  • Had maksimum kelulusan keluasan ialah 6.5 hektar sahaja (Semenanjung Malaysia,
    Sabah dan Sarawak);
  • Tanaman sawit yang berusia 25 tahun dan ke atas atau tanaman sawit yang tidak
    produktif;
  • Mempunyai lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sah bagi aktiviti
    menjual dan mengalih buah tandan segar (BTS);
  • Mengemukakan dokumen pemilikan atau penguasaan tanah yang sah;
  • Kawasan tanaman adalah sesuai dengan aktiviti penanaman sawit.

 

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Borang Permohonan Pembiayaan;
  • Salinan Lesen Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi aktiviti menjual dan
    mengalih buah tandan segar (BTS);
  • Salinan Hak Milik Tanah;
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan perkara di atas.

Mohon Sekarang

 

HUBUNGI KAMI