Kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0. Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR).
Pembiayaan boleh diberikan melalui dua model iaitu pertanian kontrak dan pertanian bukan kontrak, di mana penilaian kredit bagi permohonan ini adalah tertakluk kepada penilaian oleh Agrobank.
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor pertanian dan industri makanan dengan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR yang lebih efisien dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil perniagaan/projek.
Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:
1. |
Pembelian peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan kaedah konvensional; |
2. |
Mendapatkan teknologi dan sistem yang telah digunapakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil dan/atau; |
3. |
Modal bagi memperluaskan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menangani peningkatan penggunaan teknologi dan automasi berteraskan 4IR. |
Kelayakan
SYARAT AM
- Individu berumur lapan belas (18) tahun (semasa permohonan) sehingga berumur enam puluh (60) tahun pada tempoh matang;
- Individu dan bukan individu;
- Bagi bukan individu, organisasi 51% hak milik warganegara Malaysia berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (perusahaan, perkongsian, Sdn Bhd) atau mana-mana agensi yang diluluskan oleh MAFI (seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia) yang beroperasi di Malaysia;
- Perniagaan yang diusahakan adalah patuh Syariah;
- Penilaian kredit adalah berdasarkan penilaian Bank (CCRIS, CTOS, analisis kewangan, dll);
- Tiada proses kebankrapan atau dinyatakan muflis atau di bawah proses penghakiman;
- Skala operasi yang setara sesuai bagi tujuan komersial (kesesuaian skala operasi tertakluk kepada jenis projek pertanian), sekiranya berkaitan;
- Hasil/produk adalah bertujuan untuk penjualan domestik atau eksport;
- Kegiatan perniagaan di bawah ruang/lot yang didaftarkan secara komersial menurut AKTA 172 (Bahagian IV Kawalan Perancangan, Seksyen 18) dan/atau tindakan yang relevan yang berkaitan dengan penggunaan tanah untuk pertanian;
- Teknologi yang akan digunakan berlandaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan telah disahkan oleh Pengesah Teknologi atau Jawatankuasa Kerja;
- Usahawan telah menjalani kursus/taklimat bersama syarikat peneraju atau Pengesah Teknologi atau syarikat pembekal teknologi, sekiranya perlu; dan
- Perluasan perniagaan dengan penggunaan teknologi yang telah disahkan mestilah mampu meningkatkan produktiviti sektor pertanian.
SYARAT KHUSUS
Jenis Pertanian | Maklumat Lanjut | |||
1. Pertanian Kontrak |
(a) Syarikat Peneraju:
(b) Usahawan Pintar: Usahawan naungan hendaklah telah menerima surat tawaran dari syarikat peneraju. |
|||
2. Pertanian Bukan Kontrak |
Pembekal Teknologi:
|
Kriteria Teknologi
Kriteria teknologi adalah seperti berikut:
- Jenis teknologi yang akan digunakan mestilah dikelaskan berteraskan 4IR dan telah disahkan/diulas oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja yang diiktiraf oleh Agrobank.
- Hanya pembekal teknologi yang disahkan oleh Pengesah Teknologi/ Jawatankuasa Kerja dapat membekalkan infrastruktur teknologi di bawah PMRNA.
- Bagi membolehkan pemohon membuat pilihan dan perbandingan, pembekal teknologi yang telah dinilai dan disahkan oleh Pengesah Teknologi (Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC)/Jawatankuasa Kerja MAFI disenaraikan dalam Direktori Teknologi 4IR Sektor Agromakanan
- Pemohon hendaklah mendapatkan dokumentasi berkaitan seperti pengesahan teknologi / pensijilan / laporan / sebutharga sebelum memulakan permohonan kemudahan pembiayaan PMRNA di Agrobank.
- Sekiranya teknologi yang ingin dibeli oleh pemohon tiada dalam senarai, pemohon boleh menghubungi MAFI melalui (admin.bpp@mafi.gov.my) untuk proses penilaian teknologi sebelum meneruskan permohonan pembiayaan.
Jenis Produk Pembiayaan
Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)
Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan utiliti sistem, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.
Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)
Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk penanaman pertanian pintar.
Tempoh Kemudahan Pembiayaan
Maksimum sehingga sepuluh (10) tahun (120 bulan) termasuk tempoh moratorium maksimum selama 12 bulan (tertakluk pada keperluan projek/unjuran aliran tunai dan/atau keperluan lain-lain). Jangka hayat teknologi yang digunapakai akan turut diambil kira.
Kadar Keuntungan
Kadar efektif 3.5% setahun atas baki pembiayaan.
Margin Had Pembiayaan
Sehingga 100% daripada jumlah kos termasuk kos sampingan (contoh: takaful, duti setem, dan lain-lain) dan tertakluk pada jumlah maksimum seperti berikut:
Perusahaan Mikro | Kontrak |
Bukan Kontrak |
Minimum | RM10,000.00 | RM10,000.00 |
Maksimum | RM500,000.00 | RM500,000.00 |
Perusahaan Kecil dan Sederhana | Kontrak |
Bukan Kontrak |
Minimum | RM30,000.00 | RM50,000.00 |
Maksimum | RM1,000,000.00 | RM1,000,000.00 |
Amaun pembiayaan iaitu jumlah pembiayaan agregat bagi kedua-dua CAPEX dan/atau OPEX dan pembiayaan kepada PKS dengan pemegang saham yang sama dengan pegangan saham >20% TIDAK BOLEH melebihi had pembiayaan maksimum yang ditetapkan untuk PKS dan Perusahaan Mikro.
Permohonan Pembiayaan
Permohonan pembiayaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon.
Saluran Wang Pembiayaan
Secara sekaligus atau berperingkat (mengikut progres kerja) kepada akaun pembekal yang telah dilantik dan dipersetujui atau syarikat peneraju (dibawah pertanian kontrak) atau pelanggan, tertakluk kepada perjanjian/terma dan syarat pembiayaan.
Cara Bayaran
Secara ansuran bulanan melalui mana-mana saluran berikut:
- Arahan tetap (SI); atau
- Deposit tunai (CDM); atau
- Online Transfer [Automated Teller Machine (ATM) atau melalui perbankan internet]; atau
- Melalui kaunter mana-mana cawangan Agrobank.
Dokumen Yang DiPerlukan Bagi Tujuan Permohonan
- Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).
- Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
- Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
- Technology certification report/sijil pengesahan teknologi dari technology validator yang telah dikenalpasti.
- Sebut harga daripada pembekal teknologi yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh technology validator.
- Surat tawaran penyertaaan projek daripada syarikat.
- Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan di bawah program ini.
Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi:
- Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476; atau
- Layari laman sesawang rasmi Agrobank agrobank.com.my; atau
- Kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan; atau
- Layari media sosial rasmi Agrobank Facebook, Instagram, Twitter.
Muat Turun Soalan-soalan Lazim (FAQ) (BM)