AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Strategic Alliance Financing-i (SALF-i)

Strategic Alliance  Financing-i (SALF-iadalah kemudahan pembiayaan yang diberikan untuk membiayai projek pembangunan bagi aktiviti ekonomi (pertanian dan asas tani) yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan. 

Pembiayaan ini diberikan kepada peserta projek secara individual atau agensi yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri atau Perseketuan sebagai Pengurus Projek. Produk ini berasaskan konsep Tawarruq.

 

Ciri-ciri Produk

Had Pembiayaan Maksimum sehingga 100% daripada jumlah keseluruhan projek
Tempoh Pembiayaan Maksimum sehingga lima belas (15) tahun
Kadar Keuntungan
(Tertakluk kepada perubahan semasa)

Dari KABP - 1.0%  hingga KABP + 2.0% setahun dikira atas baki bulanan

Kadar keuntungan Efektif adalah menggunakan kaedah kadar terapung dan berubah mengikut perubahan KABP semasa

Kadar Keuntungan Siling (CPR):
KABP + 4% setahun atau 10% setahun, mana-mana yang lebih tinggi bagi pengiraan harga jualan

Kadar Keuntungan Efektif (EPR):
Pada kadar semasa dan tidak melebihi kadar keuntungan siling yang dikenakan  dan dikira pada baki bulanan

 Nota: 

Kadar Asas Berian Pembiayaan  (KABP) semasa adalah 6.75% dan ditentukan oleh Agrobank dari semasa ke semasa.

 

Fi&Caj

Duti Setem Seperti di dalam Akta Duti Setem 1949 (Semakan 1989)
Sumbangan Takaful Tertakluk kepada jumlah pembiayaan yang diberikan
Caj Pembrokeran/ Perdagangan

Caj pembrokeran/

perdagangan untuk setiap transaksi Tawarruq adalah pada RM7 bagi setiap juta nilai pembelian komoditi

Caj Guaman Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan caj-caj lain yang berkaitan

 

Lembaran Maklumat Produk SALF-i

HUBUNGI KAMI