AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Tandatangani Perjanjian Kemudahan Perbankan Bernilai RM 112 Juta Dengan Salcra



Kuching, Sarawak Agrobank semalam menandatangani perjanjiaan kemudahan perbankan bernilai RM112 juta kepada Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA).

Menerusi perjanjian ini, SALCRA akan menerima kemudahan perbankan berjumlah RM112 juta bagi membiayai sebahagian dari projek kilang minyak kelapa sawit mereka yang baharu di Lubok Antu, Sri Aman Sarawak serta bagi membiayai keperluan modal yang lain.

Perjanjian ditandatangani oleh Encik Asmuni Sudin, Ketua Pegawai Perkhidmatan Kewangan Agrobank yang mewakili Agrobank dan Datu Vasco Sabat Anak Singkang, Pengurus Besar SALCRA sebagai wakil SALCRA.

Majlis menandantangani perjanjian berlangsung di Wisma SALCRA semalam, bersempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SALCRA. Majlis turut disaksikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Permodenan Pertanian Sarawak merangkap Pengerusi SALCRA. Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah SALCRA dan Pengurusan Tertinggi Agrobank.

Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata Agrobank menyokong rancangan pembangunan terbaharu SALCRA untuk membina kilang minyak kepala sawit di Lubok Antu. Kami juga berbangga kerana terlibat dalam salah satu inisiatif SALCRA untuk membangunkan tanah untuk tujuan pemerkasaan sektor pertanian dan juga pembangunan komuniti luar bandar di Sarawak

Sebagai sebuah bank yang lebih memahami sektor pertanian, Agrobank menawarkan pembiayaan yang komprehensif yang meliputi aktiviti pertanian di sektor huluan dan hiliran. Agrobank komited untuk berkerjasama dengan rakan strategik seperti SALCRA untuk menyokong pembangunan sektor pertanian di negara ini.  

YB Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu Numpang, Pengerusi SALCRA berkata Pada pandangan saya, hubungan kerjasama antara Agrobank dan SALCRA merupakan satu kerjasama baik memandangkan kedua organisasi mempunyai fokus yang sama ke arah tentang membangunankan sektor pertanian di kawasan luar bandar.

Objektif utama SALCRA adalah meningkatkan kesejahteraan keseluruhan komuniti di luar bandar menerusi pembangunan sektor pertanian. Perniagaan utama SALCRA merangkumi pengurusan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk penanaman pokok kelapa sawit. Sejak penubuhan ladang kelapa sawit yang pertama pada tahun 1976 di Lubok Antu, sebanyak 18 buah ladang kelapa sawit telah dibuka yang merangkumi 51,000 hektar yang dibuka di kawasan Bau, Serian, Sri Aman, Betong dan Saratok.

 

MUATNAIK SIARAN MEDIA