AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Raikan Asnaf Sempena Ramadan



KOTA KINABALU, 9 APRIL 2023 – Agrobank menyantuni lebih 60 orang tetamu istimewa golongan asnaf dalam majlis berbuka puasa, bertempat di Hotel Horizon di sini. Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank mengambil peluang meraikan golongan asnaf sempena Ramadan dan sambutan Syawal yang bakal tiba.  “Kami percaya program seumpana ini dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporat kami. “Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” tambahnya.

President/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah turut berkata, Agrobank telah melancarkan kempen ‘Ramadan Disyukuri, Syawal Dirahmati’ pada 10 Mac 2023, yang mana ia memberi manfaat pembiayaan sebanyak RM75,000 kepada peniaga bazar Ramadan sempena bulan Ramadan. “Kami menjangka menerima permohonan pembiayaan dalam anggaran minimum 2,000 permohonan seluruh negara. Kepada usahawan yang berminat anda boleh ke cawangan Agrobank kami yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kakitangan kami sememangnya amat gembira untuk membantu anda”. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Chan Foong Hin dan Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Para tetamu terdiri daripada golongan asnaf sekitar Kota Kinabalu, anak-anak Rumah Kesayangan Sabah dan wakil pusat Tahfiz Ar Rahmah. Selain majlis berbuka puasa, Agrobank turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah dan pusat Tahfiz Ar Rahmah untuk membantu kos penyelenggaraan operasi masing-masing. Golongan asnaf yang hadir juga menerima duit raya berjumlah hampir RM10,000 secara keseluruhan.

Di majlis yang sama, Agrobank turut memaparkan tayangan perdana filem pendek Aidilfitri bertajuk ‘Lebaran Yang Dirindukan’. Filem pendek ini mengangkat tema hubungan kekeluargaan selain elemen Keterjaminan Makanan turut diselitkan. Ia dapat ditonton melalui media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula 11 April 2023.

Tonton Filem penuh di sini