AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Anjur Program Perkongsian Maklumat Berkenaan Prospek Dan Peluang Dalam Pertanian



IPOH, PERAK – Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes “Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian yang diadakan di Ipoh, Perak. Program ini telah dihadiri oleh 120 orang tetamu yang juga merupakan pelanggan Agrobank di negeri Perak.

Perak merupakan lokasi kelima selepas penganjuran di empat lokasi sebelum ini iaitu di Perlis, Pahang, Sarawak dan Johor Bahru. Program Agenda Agro yang telah dianjurkan Agrobank sejak setahun lalu meneruskan matlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelanggan menerusi sesi perkongsian maklumat khsususnya berkenaan potensi dan peluang yang boleh dilaksanakan dalam merangka perancangan strategik untuk meluaskan empayar perniagaan. Program ini juga memberi nilai tambah buat usahawan tani untuk mendapatkan maklumat terkini tentang polisi kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan dan taraf sosio-ekonomi mereka.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, menerusi program Agenda Agro ini dapat membantu para pelanggan untuk melihat industri pertanian dari perspektif yang lebih luas khsususnya di negeri Perak yang mempunyai potensi besar dalam industri terutamanya dalam sektor tanaman industri seperti kelapa sawit dan getah.

“Sesungguhnya prospek dan peluang dalam sektor pertanian adalah sangat besar. Semakin ramai orang kini berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian berasaskan pertanian. Ini dapat kita lihat dengan jumlah pembiayaan yang memberansangkan oleh Agrobank. Untuk suku ketiga tahun 2016, Agrobank secara keseluruhan telah mencatatkan nilai pembiayaan yang sangat membanggakan iaitu RM8.44 billion yang merekodkan pertumbuhan sehingga 13.40% berbanding 3.3% yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. 59.9% atau RM5.1 billion daripada jumlah tersebut adalah pembiayaan bagi sektor pertanian primer. Manakala RM3.1 billion daripada sektor pertanian primer ini merupakan pembiayaan bagi segmen agromakanan,” kata Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Tambah Tan Sri Mohamad Zabidi lagi, prestasi membanggakan ini disokong oleh prestasi memberangsangkan di negeri Perak.

“Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang berpotensi besar dalam industri pertanian. Potensi ini dapat dilihat pada prestasi memberangsangkan negeri ini di mana setakat September tahun 2016, Perak telah menyumbang 11% atau RM938.87 juta dari nilai keseluruhan pembiayaan Agrobank berjumlah RM8.44 billion. Dengan jumlah ini, negeri Perak telah merekodkan pertumbuhan positif sebanyak 24.4% yakni mengatasi pertumbuhan yang dicatatkan untuk tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak RM756.32 juta.

Industri tanaman merekodkan nilai pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak 48% atau RM449.75 juta dari nilai keseluruhan pembiayaan. Untuk makluman, tanaman kelapa sawit menjadi penyumbang utama dengan nilai RM185.17 juta,” Kata Dato Wan Mohd Fadzmi.

Pada majlis yang sama, Agrobank turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga (3) AGROAgent (Ejen Perbankan) dengan prestasi terbaik di negeri Perak. Pengiktirafan ini diberikan khusus bagi menghargai usaha dan komitmen ejen-ejen perbankan AGROAgent dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti pertanian dan juga masyarakat setempat. Tiga (3) agensi berikut adalah:

No. Ejen
1. Agrobazaar Kedai Rakyat – M.M.S. Sinar Enterprise
2. Agrobazaar Kedai Rakyat – Abd Aziz Bin Jamai
3. Pertubuhan Peladang Kawasan Bagan Datoh

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, seramai 35 AgroAgent telah dilantik di Wilayah Perak dan secara keseluruhannya, sehingga kini Agrobank mempunyai seramai 284 wakil AGROAgent di seluruh negara.

Agenda Agro Preak
Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Aagrobank beramah mesra bersama pelanggan pada program Agenda Agro yang dianjurkan Agrobank di Ipoh, Perak hari ini