AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank perkenal Kad Takaful Agro Mabrur-i Edisi MAHA 2018



SERDANG, SELANGOR – Sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa 2018 (MAHA 2018), Agrobank hari ini melancarkan kad perlindungan takaful istimewa edisi MAHA 2018 yang dikenali sebagai Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA 2018. Kad ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

Agro Mabrur-i adalah pelan perlindungan takaful komprehensif yang menawarkan manfaat seperti badal haji berjumlah RM3,500 iaitu pelanggan yang mengalami kecacatan kekal atau meninggal dunia akan mendapat manfaat berupa wang tunai bagi waris mengerjakan haji secara upah haji.  Bagi yang bukan beragama Islam, manfaat Badal Haji dan Tunai Waqaf akan ditukar kepada manfaat tunai.

Menurut Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Takaful Agro Mabrur-i merupakan salah satu inisiatif Agrobank untuk membantu golongan yang kurang mendapat perhatian (unserved and underserved community) di mana dengan bayaran serendah RM75 setahun, akan mendapat manfaat perlindungan sehingga RM44,000.

“Semenjak pelancaran Takaful Agro Mabrur-i pada 19 April 2016, pelan perlindungan takaful ini telah dilanggan oleh lebih daripda 3,500 pelanggan dengan jumlah perlindungan bernilai lebih daripada RM164.8 juta.  Produk ini telah dikenali sebagai salah satu produk “Perlindungan Tenang” di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ianya adalah mampu milik, mudah untuk dilanggani di mana-mana cawangan Agrobank dan mempunyai manfaat yang menarik, kata Tuan Syed Alwi.

Para pelanggan berpeluang menyertai kempen “Kita-kita Aje” dengan pembelian kad tersebut atau melanggani lain-lain perkhidmatan Agrobank di ruang pameran Agrobank, MAHA 2018.  Dengan ini, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM2 juta termasuklah hadiah utama iaitu 1kg emas dan kereta Honda HRV baharu.  Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, para pengunjung boleh ke ruang pameran Agrobank di Hall A, MAHA 2018.

Kad Takaful Agro Mabrur-i Edisi Khas MAHA 2018 boleh dilanggani di ruang pameran Agrobank yang terletak di Dewan A, MAHA 2018.