AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Dialog Niaga Agrobank Kupas Isu Jaminan Makanan Dan Transformasi Nasional 2015



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini menganjurkan Dialog Niaga Agrobank (DNA) yang memberi fokus kepada jaminan bekalan makanan (food security) dan TN50. Lebih 300 tetamu menghadiri majlis ini.

YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hadir merasmikan Dialog ini dan turut menyampaikan ucap utama yang bertajuk “Makanan Kita Masa Hadapan Kita: Merealisasikan TN50”.

DNA merupakan satu program kepimpinan pemikiran atau thought leadership programme yang bertujuan untuk berkongsi isu, maklumat terkini, idea dan solusi yang berkaitan perniagaan dalam industri pertanian dan sektor makanan. Untuk tahun 2017, topik jaminan makanan (food security) telah dipilih seiring dengan fokus strategik negara dalam memastikan keperluan makanan negara mencukupi menjelang tahun 2050 bagi Tranformasi Nasional 2050 atau TN50.

Dengan pertambahan penduduk yang dijangka meningkat kepada 50 juta orang menjelang 2050, kerajaan memandang serius usaha dan langkah yang perlu diambil untuk memastikan jaminan bekalan makanan negara.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, pertanian masih lagi menjadi faktor utama bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, KDNK untuk sektor pertanian dijangka mencapai RM93.2 bilion dan angka itu dianggarkan akan mencecah RM110.7 bilion menjelang tahun 2020”

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) amat komited untuk menangani defisit imbangan perdagangan makanan sebanyak RM18.1 bilion yang dicatatkan dan mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan. Dengan permintaan pertanian yang semakin meningkat untuk pasaran tempatan dan eksport, prospek untuk pertanian kekal positif, ” kata Dato ‘Wan Mohd Fadzmi.

Dato’ Wan Mohd Fadzmi berkata teknologi adalah antara solusi utama ke arah meningkatkan produktiviti pertanian dan Agrobank sedia menyokong perniagaan untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran.
Dato’ Wan Mohd Fadzmi juga menjelaskan penting untuk perniagaan berasakan tani melabur dalam teknologi, untuk itu, akses kepada pembiayaan adalah penting. “Sebagai sebuah bank yang memahami pertanian yang lebih baik, Agrobank menyediakan penyelesaian pembiayaan yang komprehensif untuk pertanian yang merangkumi pembiayaan untuk aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna. Untuk Agrobank, kami akan menyokong dan membiayai mana-mana perniagaan yang berdaya maju yang berkaitan dengan sektor pertanian.”

DNA 2017 dimulakan dengan penyampaian topik “Prospek dan Peluang Dalam Sektor Pertanian 2017” oleh Datuk Seri Dr. Ismail Haji Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selepas itu, Yang Berhomat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyampaikan ucap utama yang bertajuk “Makanan Kita, Masa Hadapan Kita: Merealisasikan TN50”. Dato’ Sri Ahmad Shabery mengulas lanjut usaha-usaha dalam memastikan jaminan bekalan makanan mencukupi terutamanya dalam cabaran peningkatan penduduk seramai 50 juta menjelang tahun 2050.

Sesi terakhir adalah forum mengenai ‘Keselamatan Makanan – Isu, Cabaran dan Penyelesaian: Bagaimana untuk menampung keperluan makanan negara’. Ahli panel untuk sesi tersebut ialah Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad, Fello Penyelidik Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato ‘Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan tiga orang ahli yang terlibat secara langsung dalam perniagaan pertanian; Dato Yap Yun Fook, Pengarah Urusan Evergreen Livestock Farm, Encik Addy Renda Samuri, Pengurus Besar Cemara Agrofarming dan Encik Shakran Shamsudin, Pengurus Besar PPK Kuala Langat. Sesi itu diselengarakan oleh Encik Kamarul Bahrin Haron, Editor Eksekutif Astro Awani.

dsc_0854