AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Umum Pelarasan Kadar 25 Mata Selepas Pemotongan OPR



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini mengumumkan kadar pembiayaan terkini dengan mengurangkan Kadar Asas (BR) kepada 3.10% dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) kepada 6.25%. Selaras dengan semakan tersebut, Agrobank juga akan menyelaraskan Akaun Islamik Pulangan Tetap-i (FRIA-i) ke atas semua tempoh.

Ini adalah tindak balas kepada pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini akan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.75% kepada 2.50%.

Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, BR dan BFR serta kadar keuntungan FRIA–i yang disemak semula oleh Agrobank akan berkuat kuasa pada 12 Mac 2020.

“Potongan OPR kedua pada tahun 2020 ini mencerminkan keperluan penting untuk terus menyokong ekonomi Malaysia berikutan wabak Covid-19 yang telah melemahkan keadaan ekonomi global dalam tempoh kebelakangan ini,” kata Khadijah.

“Agrobank tetap komited untuk membantu para usahawan kami melalui tempoh yang mencabar ini dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik melangkaui perbankan kepada pelbagai segmen komuniti pertanian termasuk perniagaan mikro dan PKS,” katanya