AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Anjur Program Ibadah Korban Sempena Sambutan 50 Tahun Bank



GOMBAK, SELANGOR – Agrobank hari ini menganjurkan Program Ibadah Korban Agrobank 2019 bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 1440 H. Program korban ini dilaksanakan hasil sumbangan kakitangan Agrobank bagi 21 ekor lembu untuk diagihkan kepada penerima di seluruh Malaysia. Simbolik kepada program ini telah dilaksanakan di Masjid Al-Syakirin, Gombak, Selangor melibatkan 11 ekor lembu yang dikorbankan dan diagihkan kepada masyarakat setempat.  

Program ini telah dihadiri oleh Khadijah Iskandar, penanggung tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank yang menyampaikan daging korban kepada lebih kurang 300 orang penerima.  

Menurut Khadijah, “Selain mengeratkan silaturahim bersama penduduk di sekitar kawasan Gombak, program yang julung-julung kali diadakan ini dilaksanakan sempena dengan sambutan 50 tahun Agrobank yang memberi peluang kepada kakitangan Bank di seluruh negara untuk menjalankan ibadah korban.  Menerusi program ini, kakitangan diberi kemudahan untuk membuat tolakan gaji (salary deduction) bagi melaksanakan ibadah korban.”

Tambah beliau lagi, penerapan nilai ibadah korban ini berjaya dizahirkan dengan penglibatan secara langsung warga kerja Agrobank melalui sumbangan wang dan tenaga kerja pada program kali ini disamping menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat.  Selain daripada itu, penganjuran inisiatif ini juga dapat memupuk semangat muafakat dalam kalangan umat Islam sambil menghayati sambutan Aidiladha di bulan yang mulia ini.