AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agenda Agro Terengganu Fokus Prospek Dan Peluang Bisnes Agro



KUALA TERENGGANU – Agrobank hari ini meneruskan penganjuran siri bicara bisnes iaitu “Agenda Agro: Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian yang diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Program ini telah dihadiri lebih 170 orang tetamu yang terdiri daripada pelanggan Agrobank dan usahawan di sekitar Terengganu.

Inisiatif program Agenda Agro ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi dengan pelanggan Agrobank dan usahawan mengenai peluang dan maklumat terkini yang ada dalam sektor pertanian dan industri asas tani.  Program ini memberi ruang buat para pelanggan yang hadir untuk berinteraksi dan berhubung terus dengan pegawai Agrobank bagi mendapatkan penerangan dan maklumat tentang sektor pertanian dan industri asas tani. 

Menurut Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Agrobank sentiasa berusaha untuk membantu para usahawan melalui inisiatif sebegini.  Selain pembiayaan komprehensif yang ditawarkan, program perkongsian bisnes seperti ini dapat membantu para pelanggan untuk merangka perancangan strategik terutamanya dalam mengembangkan empayar perniagaan mereka.

 “Terengganu merupakan sebuah negeri yang berpotensi besar dalam industri pertanian. Potensi ini dapat dilihat pada prestasi memberangsangkan negeri ini di mana setakat Disember 2018 jumlah pembiayaan Agrobank di negeri Terenganu adalah sebanyak RM448.03 juta, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 25.39%, di mana ianya adalah lebih tinggi daripada pertumbuhan yang dicatatkan pada tahun 2017 iaitu sebanyak 3.74% untuk tempoh masa yang sama,” kata Syed Alwi.

Tambah beliau lagi, “Agenda Agro kali ini memfokuskan tentang topik berkaitan cabaran yang dihadapi usahawan khususnya usahawan industri kecil dan sederhana (IKS). Agrobank menyediakan pelbagai ruang dan platform bagi pembangunan IKS melalui pelbagai pendekatan seperti kerjasama strategik bersama agensi-agensi, program pembangunan pertanian dan usahawan serta turut berkongsi tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Agrobank.  Menerusi inisiatif ini, pihak kami berharap agar pembangunan usahawan terus dapat dipertingkatkan”.

Pada majlis yang sama, PROKHAS juga turut menyampaikan pembentangan berkaitan dengan Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK) di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP). SJMK dilaksanakan untuk membantu syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) daripada pelbagai sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat (termasuk Agrobank).

Di majlis itu juga, turut diadakan beberapa penyampaian dan kerjasama lain iaitu:

  • Kerjasama strategik bersama Top IT Industries Sdn Bhd dengan pelantikan AGROAgent di 38 buah Pusat Bestari.
  • Penyerahan surat penajaan takaful Agro Nurani oleh lima (5) buat syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan tajaan berjumlah RM765,000 untuk 50 orang kurang upaya (OKU).
  • Penyerahan penajaan takaful Agro Mabrur-i kepada 1,068 asnaf di Terengganu melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM80,100.
  • Penyerahan sumbangan zakat kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebanyak RM30,000.

Terengganu merupakan lokasi pertama Agenda Agro bagi tahun ini. Selain Terengganu, Agrobank akan mengadakan Agenda Agro di Sarawak dan Johor.