AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Terima Pengiktirafan Di Anugerah Global Good Governance 2017



Agrobank menerima satu lagi pengiktirafan daripada Anugerah Global Good Governance (Anugerah 3G) bagi kategori Anugerah Perkhidmatan Kewangan 3G. Pengiktirafan antarabangsa ini diberikan kepada Agrobank sebagai menghargai dan mengangkat usaha bank dalam rangkuman kewangan serta inisiatif yang diambil Agrobank bagi meluaskan lagi akses kewangan. Anugerah tersebut telah diterima oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank diiringi oleh Encik Jasni Mohamed Yusof, Ketua Pegawai Kredit Agrobank sebagai wakil daripada pihak Bank. Majlis tersebut telah berlangsung di Dubai, UAE dan dihadiri seramai lebih daripada 400 orang tetamu dari serata dunia.