AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Paddy-i (Tawarruq)

Paddy-i (Tawarruq) merupakan pembiayaan tanpa cagaran bagi membiayai modal kerja untuk aktiviti penanaman padi di kawasan sawah padi yang disahkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Produk ini berasaskan konsep Tawarruq.

 

Ciri-ciri Produk

Produk ini menawarkan kemudahan pembiayaan dengan ciri-ciri kemudahan seperti berikut

Had Pembiayaan

• Minimum :

(i) Semenanjung Malaysia; RM1,000
(ii) Sabah & Sarawak; RM600


▪ Maksimum: RM50,000

Tempoh Pembiayaan

▪ Minimum : Enam (6) bulan


▪ Maksimum : Semakan setiap musim, tidak melebihi lima (5) tahun

Kadar Keuntungan

Agro Paddy-i
3.25% semusim (6 bulan) dan dikira atas baki bulanan


BERNAS Paddy-i
Bermula serendah 1% semusim ( 6 bulan ) dan dikira atas baki bulanan


PPK / KPK Paddy-i
Bermula serendah 1.75% semusim ( 6 bulan ) dan dikira atas baki bulanan

Download Lembaran Maklumat Produk

Muat Turun risalah Paddy-i (A4)

Muat Turun risalah BERNAS Paddy-i (A4)

 

Bayaran Balik Pembiayaan

  • • Bayaran melalui potongan terus bayaran subsidi padi Pelanggan yang disalurkan melalui akaun pelanggan di Agrobank.
    • Sekiranya bayaran subsidi tidak mencukupi, maka pihak Bank berhak mendapatkan ansuran bulanan dari sumber lain.
    • Melaksanakan akad untuk transaksi Tawarruq.

Kelayakan Pemohon

  • Syarat kelayakan umum:
    • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
    • Berusia dari 18 tahun sehingga 70 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
    • Pesawah perlu menyalurkan hasil penerimaan SSHP berserta sebarang insentif pengeluaran yang diterima dari Kerajaan melalui akaun deposit pesawah di Agrobank.
  • Agro Paddy-i
    • Pesawah berdaftar sebagai penerima Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).
    • Pesawah perlu menyalurkan hasil penerimaan SSHP berserta sebarang insentif pengeluaran yang diterima dari Kerajaan melalui akaun deposit pesawah di Agrobank.
    BERNAS Paddy-i
    • Pesawah berdaftar sebagai penerima Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).
    • Pesawah berdaftar dengan PRL BERNAS.
    • Pesawah perlu menjual hasil padi kepada KBB atau kepada Pusat Belian Padi BERNAS.
    PPK / KPK Paddy-i
    • Pesawah berdaftar sebagai penerima Skim Subsidi Harga Padi (SSHP).
    • Berdaftar sebagai ahli dengan PPK/KPK.
    • Bagi permohonan pembiayaan musim kedua atau berikutnya: keseluruhan baki pembiayaan untuk musim sebelumnya telah dijelaskan sepenuhnya.


Cagaran/Jaminan
Dikecualikan daripada sebarang cagaran/jaminan

 

 

Fees & Charges

 

Bayaran Duti Setem Seperti yang termaktub di Akta Setem 1949 (Disemak 1989)
Caj Pembrokeran/ Perdagangan

Fi Pembrokeran untuk setiap transaksi Tawarruq adalah pada RM20.00.
(Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) tertakluk pada kadar 6%)

Bayaran Wakalah

Fi Wakalah adalah berdasarkan kepada jadual di bawah:-

Jumlah Pembiayaan (RM) Bayaran Dikenakan (RM)
Sehingga 1,000.00

    10.00
1,001.00  hingga  3,000.00

    15.00
3,001.00  hingga 5,000.00

    20.00
5,001.00  hingga 15,000.00

   30.00
15,001.00  hingga 25,000.00

   35.00
25,001.00  hingga 35,000.00

    45.00
35,001.00  hingga 50,000.00    50.00

 

HUBUNGI KAMI