AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Kerjasama Strategik Agrobank dan RECODA: Rakan strategik pembangunan pertanian di bawah SCORE



KUCHING, SARAWAK – Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Agrobank menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di satu majlis sempena Sarawak Agrofest 2018. MoU ini bertujuan untuk bekerjasama, bagi menyediakan pembiayaan kepada para pelabur dan usahawan agro dalam kawasan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

Acara MoU yang berlangsung di Pusat Konvensyen Penview, akan membolehkan pelabur dan usahawan agro berpotensi dalam tiga (3) agensi pembangunan yang ditubuhkan di bawah RECODA, iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA), Highland Development Agency (HDA) dan the Northern Region Development Agency (NRDA), program pembiayaan yang khusus, untuk memudahkan usahawan agro menyertai pertanian komersil serta menggalakkan usahawan untuk mengambil bahagian dalam pembangunan rantaian bekalan pertanian di kawasan-kawasan ini.

MoU itu ditandatangani oleh YBhg. Datu Haji Ismawi Bin Haji Ismuni, Ketua Pegawai Eksekutif, RECODA dan Encik Mohamad Taufik Mahamad Zakaria, Ketua Pegawai Strategik Agrobank.

Acara itu disaksikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah dan Pengerusi HDA.

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas memuji kerjasama antara Agrobank dan RECODA. “Kerjasama seperti ini (RECODA dan Agrobank) adalah penting untuk menyokong agenda kerajaan negeri untuk mentransformasi pembangunan luar bandar melalui aktiviti pertanian dinamik dan komersial.

“Saya yakin bahawa program pembiayaan oleh Agrobank akan bermanfaat dalam membangunkan usahawan di kalangan penduduk tempatan dan komuniti agro di Sarawak. Usaha ini selari dengan rancangan pembangunan kerajaan negeri yang menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030,” tambah YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.