AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pemenang Utama Kempen Festival Agrobank Bawa Pulang Kereta Honda City



PUTRAJAYA – Agrobank hari ini meraikan 14 pemenang Kempen Festival Agrobank. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di perkarangan pejabat kementerian.

Kempen Festival Agrobank ini telah berlangsung dari 20 November 2014 sehingga 31 Mei 2015 dan i terbuka kepada pelanggan Agrobank yang mendaftar dengan produk Takaful Kasih Insuran (kini dikenali sebagai Takaful Kasih Plus+) dan juga mendapatkan produk pembiayaan peribadi Agrocash-i.

Festival Agrobank merupakan kempen yang dijalankan oleh Agrobank dengan kolaborasi Syarikat Takaful Malaysia (STMB) yang bertujuan untuk mempromosi produk takaful dan menggalakkan orang ramai mendapatkan perlidungan berikut dengan harga yang berpatutan. Produk Takaful Kasih (Plus+) merupakan perlindungan 24 jam di seluruh dunia bagi manfaat kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan dan turut mendapat elaun khairat kematian, tuntutan perubatan dan wad mengikut pelan yang ada.

Berikut adalah senarai pemenang utama bagi Kempen Festival Agrobank:

BIL

NAMA

HADIAH

1

Ju Zamri Bin Nor Ishak

Kuantan, Pahang

Honda City 1.5 L S+

2

Nurul Afiqah Binti Azemin

Bandar Bera, Pahang

Modenas ACE 115 New Facelift

3

Chua Kok Foo

Kota Kinabalu, Sabah

Modenas ACE 115 New Facelift

4

Mohd Taip Bin Hambali

Bintulu, Sarawak

Modenas ACE 115 New Facelift

Menurut, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Kempen Festival Agrobank merupakan antara inisiatif bank untuk mempromosikan pembiayaan peribadi Agrocash-i dan juga perlindungan takaful dengan harga yang sangat berpatutan.

“Melalui kempen Festival Agrobank ini, Agrobank mempromosikan pembiayaan peribadi dan perlindungan dengan kadar yang sangat berpatutan. Contohnya dengan perlindungan Takaful Kasih daripada Agrobank, pelanggan oleh mendapatkan perlindungan bernilai RM10,000 setahun dengan hanya RM10.60 sahaja. Perlindungan ini tidak tertumpu kepada golongan petani dan komuniti nelayan sahaja malah terbuka kepada semua.

“Agrobank komited memberikan perkhidmatan kewangan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Dalam apa jua keadaan ekonomi, perlindungan takaful penting untuk melindungi keluarga, jadi penting untuk orang ramai mendapatkannya dengan harga yang tidak membebankan”.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersempena majlis Amanat Menteri 2016.

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????