AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Ketua Setiausaha Negara Lancar Kes Kajian Terbitan Cambridge IFA Terbaharu Berkenaan Perjalanan Transformasi Agrobank Di Persidangan Ekonomi Islam Dunia 2016 (WIEF)



JAKARTA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa melancarkan satu kes kajian baharu terbitan Cambridge IFA mengenai inisiatif transformasi Agrobank semalam. Pelancaran itu diadakan bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Dunia atau World Islamic Economic Forum (WIEF) ke-12.

Kes kajian yang bertajuk œMerangka Laluan Baharu kepada Pertumbuhan Mampan (Charting A New Path To A Sustainable Growth) merupakan kisah perjalanan dan langkah berani Agrobank beralih daripada sebuah institusi perbankan konvensional kepada sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya pada tahun 2015. Kes kajian ini menekankan kepentingan dalam menghubungkan sektor kewangan kepada ekonomi sebenar bagi mencapai sistem kewangan yang mampan. Di samping itu, ia juga menganalisis peranan pembangunan Agrobank dalam mempromosikan pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi, selain dari meneliti peranan kewangan Islam yang merupakan antara komponen berdaya saing dalam sistem kewangan.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, “Makanan adalah sangat sinonim dengan sektor pertanian dan faktor halal adalah faktor yang sangat penting terutamanya kepada masyarakat Islam. Oleh yang demikian, peralihan Agrobank kepada sebuah perbankan Islam sepenuhnya membolehkan bank menyediakan bantuan kewangan bagi melengkapkan kitaran pengeluaran makanan halal.

Proses peralihan kepada institusi perbankan Islam adalah sangat mencabar di mana ia melibatkan perubahan cara pemikiran yang sangat ketara serta proses membuat semula semua dokumen penting. Namun kami di Agrobank percaya pertanian merupakan satu sektor yang sangat padan dengan sistem kewangan Islam. Oleh yang demikian, kami telah berusaha sebaiknya dalam memastikan peralihan kepada institusi kewangan Islam dapat direalisasikan. Ia juga menambah keyakinan pelanggan kami dan juga para pelabur mengenai status halal sesuatu produk kerana ia disokong oleh transaksi perniagaan yang patuh Syariah. “

Kes kajian tersebut turut menekankan Agrobank sebagai model terbaik dalam usaha sama di antara institusi perbankan , kewangan dengan keadaan ekonomi sebenar yang dihubungkan melalui elemen patuh syariah sepenuhnya. Ia juga menjadikan transformasi sebuah entiti milik kerajaan ini kepada sebuah organisasi yang lebih komersial dan mampan.

Lebih daripada 80 tetamu menyaksikan majlis pelancaran yang diadakan bersempena forum satelit WIEF yang membicarakan tentang “Memusatkan Pertumbuhan, Memperkasakan Masa Depan Forum Perniagaan: dari Perspektif Polisi Awam. Forum berkenaan dianjurkan oleh Razak School of Government, Malaysia.

Mengulas mengenai kajian kes tersebut, Tan Sri Ali Hamsa berkata, Agrobank telah membuktikan bagaimana sesebuah organisasi perlu merangka strategi dan mentakrif semula peranannya dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah-ubah. “Kami mendapati bahawa kebanyakan syarikat melakukan transformasi berteraskan manfaat pelanggan dan pemegang saham adalah lebih berjaya,” kata Tan Sri Ali.

“Kami berharap lebih banyak organisasi akan mendapat manfaat daripada kajian kes ini kerana ia merupakan contoh terbaik dalam memperkasakan perniagaan. Syarikat-syarikat yang melakukan perubahan mempunyai lebih banyak peluang untuk menguruskan perubahan yang berlaku, ” tambah beliau lagi.

YB Dato™ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Agrobank atas pelancaran kajian kes tersebut. Beliau berkata peralihan Agrobank kepada perbankan Islam adalah satu langkah yang strategik memandangkan instrumen patuh syariah akan memastikan projek berasaskan pertanian adalah halal dari ladang sehingga ke pengguna (makanan), meliputi bahagian transaksi perniagaan pengeluaran makanan.

“Pembiayaan dinamik dan inovatif boleh menjadi pendorong utama dalam mengembangkan industri pertanian terutamanya pembiayaan yang memenuhi keperluan dan kehendak perniagaan asas tani yang unik.
Pembiayaan sedemikian akan membantu inisiatif MOA untuk mengawal Tahap Sara Diri (SSL) negara dan matlamat kita untuk mengeksport produk makanan tempatan ke pasaran halal global yang dianggarkan bernilai USD $ 632 billion atau 16% daripada industri makanan global. Kami percaya Agrobank mempunyai potensi untuk menyokong cita-cita itersebut melalui produk dan perkhidmatannya yang inovatif dan patuh syariah,” tambah Dato ‘Sri Ahmad Shabery Cheek.

Versi PDF bagi kajian kes ini boleh didapati untuk dimuat turun dari laman web rasmi Agrobank di www.agrobank.com.my Agrobank atau di laman web Cambridge IFA www.cambridge-ifa.com