AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank dekati warga Guar Chempedak -Anjur Program Komuniti Agrobank-



GUAR CHEMPEDAK – Agrobank hari ini menganjurkan Program Komuniti Agrobank khusus untuk penduduk tempatan di Guar Chempedak, Kedah.  Program komuniti yang dirasmikan oleh YB Tuan Azman Nasrudin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Kedah ini menerima kunjungan daripada sekurang-kurangnya 500 penduduk di sekitar Guar Chempedak.

 

Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, Program Komuniti Agrobank ini dilaksanakan adalah sempena menyambut ulang tahun ke-50 Agrobank dan Kedah dipilih sebagai lokasi pertama kerana ianya merupakan negeri titik permulaan Agrobank.  Program ini adalah bersifat komuniti atau kemasyarakatan yang sering dilaksanakan untuk mendekatkan pihak bank dan penduduk setempat.  

 

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, “cawangan Agrobank atau Bank Pertanian Malaysia yang pertama telah dibuka di Alor Setar, Kedah pada April 1970.  Matlamat utama pembukaannya adalah untuk membiayai projek pengairan bagi menampung penanaman padi dwimusim di Kedah dan Perlis yang dikenali sebagai kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).  Jadi, negeri Kedah sentiasa istimewa bagi kami di Agrobank.”

 

“Menerusi program komuniti ini, pelbagai aktiviti telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.  Selain taklimat kewangan bagi menyuntik ilmu kepada para agropreneur berkaitan produk dan pembiayaan Agrobank, Program Celik Wang juga turut diadakan khusus untuk kanak-kanak yang hadir. Melalui Program Celik Wang, kanak-kanak didedahkan dengan maklumat tentang cara jimat, belanja dan berkongsi wang simpanan (Save, Spend & Share) dengan bijak serta cara-cara berbelanja dengan menggunakan buku wang saku yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).”

 

“Selain itu, kaunter khidmat nasihat berkaitan pengurusan kewangan dan pemeriksaan kesihatan percuma serta program derma darah oleh rakan strategik program ini iaitu AKPK dan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani juga turut disediakan,” tambah beliau lagi.

 

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal turut memaklumkan, setakat December 2018, jumlah baki pembiayaan Agrobank di negeri Kedah adalah sebanyak RM741.89 juta iaitu dengan peningkatan sebanyak 17.31%. di mana ianya adalah lebih tinggi daripada pertumbuhan yang dicatatkan pada tahun 2017 iaitu 5.00% dalam tempoh waktu yang sama.

 

“Ini menunjukkan bahawa kegiatan pertanian di Kedah ini masih giat aktif dan sangat penting sebagai penyumbang ekonomi negara.  Negeri Jelapang Padi ini merupakan antara lokasi yang mempunyai tanah serta kekayaan hasil bumi yang subur, oleh itu, prospek perniagaan berasaskan agro tampak cerah. Selain penanaman padi, aktiviti perniagaan hiliran seperti pemprosesan makanan turut menjadi pilihan usahawan terutamanya golongan muda,” tambah beliau lagi.

 

Pada program yang sama, Agrobank juga turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan kepada enam (6) pelanggan Agrobank di Kedah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM4,755,000 juta.  Selain daripada itu, Agrobank turut menyampaikan zakat kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah berjumlah RM51,000.

 

Dalam majlis yang sama, pasukan Jelajah 50 Tahun Agrobank turut hadir pada Program Komuniti Agrobank ini.  Mereka telah memulakan perjalanan pada 24 Januari 2019 dengan menjelajah negeri-negeri di utara dan pantai timur tanah air bagi menyampaikan amanat Presiden/CEO Agrobank, kepada kakitangan selain menjalankan program tanggungjawab sosial sepanjang perjalanan jelajah yang bakal berakhir pada 31 Januari 2019.