AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank sumbang RM25,000 Zakat Perniagaan kepada YPI



KUALA LUMPUR – Agrobank menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM25,000 kepada Yayasan Prihatin Insan (YPI) pada 20 Januari 2019. Zakat perniagaan tersebut telah disampaikan oleh Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pegawai Operasi Agrobank kepada Tuan Haji Ishak Ismail, Pengerusi Yayasan Prihatin Insan disaksikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan di Dataran DBKL sempena dengan ‘Program OKU Sahabatku Fun Run 2.0’.

Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Agrobank dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Ianya sudah menjadi tanggungjawab dan nadi di Agrobank untuk membantu golongan yang kurang mendapat perhatian sekaligus meringankan beban yang dihadapi mereka.”

“Sebagai sebuah institusi perbankan yang bertanggungjawab, kami amat berbangga kerana dapat menghulurkan sumbangan yang dapat memanfaatkan asnaf di bawah naungan YPI yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU). Menerusi sumbangan zakat perniagaan ini, seramai 50 orang OKU di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan menerima baucer di bawah ‘Skim Baucer Pengangkutan OKU Asnaf’ untuk menaiki van mobiliti yang disediakan oleh YPI. Semoga dengan sumbangan ini, dapat membantu memudahkan golongan OKU menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik.”

“Kami yakin, bantuan seumpama ini dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan hubungan sesama manusia. Melalui perkongsian zakat perniagaan ini, bantuan dapat diagihkan dalam memastikan golongan asnaf ini tidak terkecuali untuk menerima sumbangan. Zakat merupakan Rukun Islam yang wajib kita laksanakan dan sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu golongan yang memerlukan sebagai tanda bersyukur ke atas rezeki yang diberi Allah S.W.T.,” tambah beliau lagi.