AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Program Sukuk Wakalah Agrobank Menang Anugerah Sukuk Terbaik 2022



KUALA LUMPUR – Kecemerlangan Agrobank dalam pengurusan Kewangan Islam terus diiktiraf apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah “Bank Sukuk Terbaik Kategori Malaysia” di Anugerah Kewangan Islam, The Asset Triple A, bagi tahun 2022.

Anugerah ini merupakan bukti kejayaan penetapan harga Program Sukuk Wakalah sulung Agrobank bernilai RM500 juta berdasarkan prinsip Islam Wakalah Bi Al-Istithmar yang dilancarkan pada 18 Oktober 2021.

Kejayaan terbitan ini juga telah meletakkan identiti jenama Agrobank sebagai sebuah entiti yang dipacu oleh perniagaan dengan mewujudkan platform untuk mengoptimumkan struktur modalnya secara proaktif yang selaras dengan misi, visi dan strategi perniagaannya.

Dalam reaksinya kepada penganugerahan tersebut, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Kami berasa bangga untuk menerima anugerah ini kerana ia mencerminkan usaha inovatif yang diambil oleh Bank dalam menjalankan perniagaannya, baik dari segi kewangan mahupun pengoperasiannya. Pasukan kewangan kami, khususnya, harus dipuji kerana telah memastikan program Sukuk ini dan penerbitannya berjaya.”

“Anugerah ini mewakili pengiktirafan kewangan utama bagi Agrobank kerana anugerah ini adalah dikhususkan kepada organisasi yang terpilih dan penting kepada pembangunan Malaysia sebagai pasaran Sukuk Asia yang terkemuka. Ia juga menandakan komitmen Agrobank dalam meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab kewangan Islam global dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran modal Islam global,” tambah beliau.

Ketua Pegawai Kewangan Agrobank, Kamarul Azman Kamarozaman @Amir menerima anugerah tersebut daripada Pengarang Urusan, The Asset, Chito Santiago pada majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur pada Khamis.

Agrobank mengemukakan tawaran dual-tranche sulungnya kepada pasaran pada Sukuk lima dan tujuh tahun yang memperoleh penetapan masing-masing pada 51 dan 49 mata asas. Buku itu ditutup pada tahap yang sangat kompetitif iaitu 3.63% setahun untuk Sukuk lima tahun dan 3.90% setahun bagi Sukuk tujuh tahun, walaupun menghadapi persekitaran pasaran yang mencabar. Sasaran ini dicapai selepas penetapan harga di antara empat hingga enam mata asas merentasi tempoh daripada panduan harga awal.

Terbitan sulung itu menyaksikan tempahan kukuh daripada pelabur berkualiti yang terdiri daripada agensi kerajaan, institusi kewangan, syarikat pengurusan aset dan syarikat insurans yang mengakibatkan lebihan langganan jumlah yang ditawarkan.

Program Sukuk Wakalah telah diberi penarafan AAA oleh Malaysian Rating Corporation Berhad. Maybank Investment Bank telah bertindak sebagai Penasihat Utama Tunggal, Pengatur Utama Tunggal dan Pengurus Utama Tunggal bagi Program Sukuk Wakalah untuk Agrobank.

Asset Triple A, Anugerah Kewangan Islam 2022 mengiktiraf institusi dan organisasi kewangan yang paling berpengaruh dan terkemuka yang dilihat sebagai pemimpin, perintis dan berwawasan dalam pasaran bon domestik dan juga dalam industri masing-masing.