AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Iktiraf Pengamal Media Sempena Anugerah Media Agrobank 2023/2024



KUALA LUMPUR, 29 MEI 2024 – Agrobank hari ini menobatkan kecemerlangan karya media kepada lapan belas (18) orang pengamal media sempena majlis Anugerah Media Agrobank 2023/2024 bertempat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya bertujuan untuk:

  • Mengiktiraf pengamal-pengamal media di atas sumbangan mereka dalam menyebarluas liputan dan publisiti mengenai sektor utama pertanian.
  • Menghargai laporan berita semasa yang meliputi inisiatif dan peranan Agrobank sebagai institusi kewangan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Agrobank menerima lebih dari 130 penyertaan secara keseluruhan untuk enam (6) kategori yang dipertandingkan. Agrobank menawarkan ganjaran wang tunai hampir RM200,000 kepada pemenang-pemenang serta hadiah-hadiah menarik seperti skuter elektrik, android TV, Playstation 5 dan lain-lain bagi meraikan rakan-rakan media sempena anugerah berprestij ini.” 

“Seiring dengan sambutan Hari Wartawan Nasional 2024 pada hari, kami ingin menzahirkan penghargaan kepada rakan-rakan media terhadap sumbangan mereka dalam mebina negara bangsa dan berharap lebih ramai pemain-pemain utama industri turut serta bagi memartabatkan landskap media negara. Komitmen Agrobank dalam meraikan kepelbagaian karya terbaik kewartawanan turut terserlah melalui sumbangan tajaan untuk Malam Wartawan Malaysia 2024 Menerusi karya-karya kewartawanan seumpama ini, ia dapat memperkukuhkan imej Agrobank sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang berperanan penting dalam menyumbang kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan,” ujar beliau.

Beliau juga mengulas “Melalui pengiktirafan anugerah ini, pihak Agrobank berharap rakan-rakan media akan terus bersemangat untuk mendorong diri dalam memartabatkan industri kewartawanan serta menghasilkan karya-karya yang berkualiti di sebalik cabaran era digitalisasi dan globalisasi. Pencapaian mereka adalah bukti dedikasi dan kerja keras yang dicurahkan untuk memartabatkan bidang kewartawanan.”

Bertemakan malam “Rock ‘N Roll 80an”, majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat dari pelbagai kumpulan dan platform media arus perdana dan digital, di antaranya adalah Datuk Mustapa Omar (Ketua Pegawai Eksekutif MPI), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (NSTP), Zamri Rambli (Sinar Harian), Kamaruddin Mape (Media Prima), Lydia Wang (The Star) dan Ismail Daud (Media Mulia). Agrobank turut menyampaikan cenderahati bagi menghargai peranan dan sokongan berterusan rakan-rakan media dalam menyebarluas informasi, peranan dan inisiatif Agrobank dalam memantapkan agenda kelestarian dan keterjaminan makanan.