AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Pupuk Minat Komuniti Pelajar Neurodiversiti Mahir Bidang Perikanan Menerusi Teknologi Bioflok



SERDANG, 17 SEPTEMBER 2024 – Agrobank hari ini memperkasakan komuniti pelajar neurodiversiti dengan melancarkan Program Agrobank Aquaculture Aspire usahasama kolaborasi strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia Program ini mensasarkan penglibatan pelajar daripada 10 sekolah Program Vokasional Menengah Atas (PMVA) Akuakultur dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di seluruh negara.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Program Akuakultur ini diperkenal bagi memberi manfaat kepada anggaran 100 pelajar neurodiversiti selain menerap dan menyemai nilai perikanan dengan peruntukan sebanyak RM110,000.00 bagi menjayakan program berkonsepkan pendidikan akuakultur itu.”

“Agrobank berkolaborasi dengan syarikat pengeluar benih ikan air tawar tempatan, ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd (ARC) yang membekalkan benih Ikan Keli dan Tilapia. Justeru, sekolah-sekolah yang terlibat akan dibekalkan set bioflok untuk pelaksaan program ini. Syarikat pembekal akan memberikan bimbingan dan latihan dari segi penjagaan dan teknikal sistem bioflok di mana kebiasaanya ikan-ikan ini akan mengambil masa dua (2) hingga (3) bulan untuk tempoh matang sebelum ianya boleh dijadikan hasil jualan.”

“Inisiatif ini dianjurkan selaras Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025, di mana Agrobank mempersiapkan generasi muda sebagai pelapis dalam mendepani cabaran industri agro dan pemangkin keterjaminan makanan negara.” tambahnya. Teknologi bioflok ini amat signifikasi dalam usaha kelestarian alam menerusi pengurangan pertukaran air bagi sistem ternakan selain meningkatkan kualiti air dengan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan selamat untuk pembenihan ikan.

Pemilihan spesies Tilapia adalah kerana kesesuaiannya dengan iklim tempatan dan permintaan pasaran yang memberangsangkan. Agrobank komited dalam memastikan golongan pelajar neurodiversiti terus mendapat akses pendidikan yang sewajarnya serta dapat mengetengahkan keunikan individu tersebut.

Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dr. Shah Jahan bin Assanarkutty, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional dan Dr Mohd Anuar bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.