AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Laksana Program Kesedaran Menerusi ‘Agrobank Bertazkirah’ – Inisiatif Bersama Imam Muda Asyraf



KUALA LUMPUR – Agrobank, sebuah bank perbankan Islam milik kerajaan dengan mandat membangunkan sektor pertanian baharu-baharu ini telah bekerjasama dengan Imam Muda Asyraf Ridzuan menerusi siri tazkirah yang dinamakan ‘Agrobank Bertazkirah’. Program tazkirah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Bank untuk menyampaikan maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan kewangan melalui perspektif kewangan Islam dan pertanian.

Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, “Ini adalah sejajar dengan fokus Agrobank sebagai sebuah Bank perbankan Islam sepenuhnya. ‘Agrobank Bertazkirah’, merupakan antara inisiatif kepimpinan pemikiran (thought leadership programme) oleh Agrobank dengan matlamat untuk berkongsi maklumat dan perspektif Islam mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan pengurusan wang, perbankan, perniagaan berasaskan pertanian dan lain-lain.”

“Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan (IKP) dengan fokus untuk membangunkan sosio-ekonomi dalam sektor pertanian, elemen-elemen perantaraan berasaskan nilai (VBI) telah lama diterajui dalam nilai teras dan aktiviti perniagaan Bank.”

“Agrobank berpegang untuk sentiasa menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Perkongsian kisah tentang nilai-nilai yang baik adalah penting untuk menerapkan nilai yang positif di kalangan warga kerja kami serta kepada komuniti. Kami memanfaatkan media sosial dan saluran digital agar manfaat daripada tazkirah ini dapat disampaikan kepada umum,” tambah beliau.

‘Agrobank Bertazkirah’ boleh ditonton menerusi laman Facebook Imam Muda Asyraf dan laman Facebook Agrobank dengan topik tazkirah seperti berikut:

  • Episod 1: Riba itu OK?
  • Episod 2: Hijrah itu payah
  • Episod 3: Halal lagi toyyiba dalam urusan rezeki
  • Episod 4: Jumaat; bukan biasa-biasa!
  • Episod 5: Bidang Pertanian; meraih pahala senyap?
  • Episod 6: Perlindungan dalam Islam
  • Episod 7: Hujan dan Pertanian
  • Episod 8: Binatang ternakan dan kelebihannya
  • Episod 9: Perihal Madu
  • Episod 10: Penyucian Harta