AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Meluluskan 9,101 Permohonan Bantuan R&R



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini mengumumkan bahawa ia telah meluluskan 9,101 permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) dan ini merangkumi permohonan daripada pelanggan komersial, pengguna dan mikro yang memohon sokongan kewangan tambahan untuk meredakan aliran tunai mereka kesan daripada penularan wabak COVID-19.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Agrobank terus komited untuk memberikan sokongan kepada pelanggan kami dalam waktu yang mencabar ini. Bagi pelanggan yang masih menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka, Agrobank akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021. Kami ingin memaklumlan kepada semua pelanggan kami bahawa sebarang bantuan kewangan yang diambil tidak akan mempengaruhi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) status mereka.”

Agrobank menyarankan pelanggannya untuk tampil menyusun semula atau menjadualkan semula kemudahan pembiayaan mereka, sebagai penyelesaian jangka panjang selepas tamat tempoh pelaksanaan moratorium.  Sehingga hari ini, Bank telah meluluskan semua permohonan lanjutan moratorium sepertimana pengumuman berkaitan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Julai

“Oleh kerana Agrobank menyediakan pembiayaan di sepanjang rantaian nilai pertanian, maka kami menyediakan bantuan kewangan kepada individu, mikro, PKS dan juga pelanggan korporat. Kami juga menyarankan agar pelanggan kami untuk berhubung dengan pegawai kami mengenai pilihan yang ada atau sekiranya mereka tidak pasti apa yang harus dilakukan selanjutnya,” kata Khadijah lebih lanjut.

Khadijah juga mengulangi bahawa selaras dengan visi Agrobank untuk Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan, Agrobank secara proaktif telah berhubung dengan pelanggannya melalui pelbagai inisiatif seperti bimbingan perniagaan dalam talian, webminars, klinik perniagaan, forum dan lain-lain. Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik dan memberikan sokongan kepada pelanggan dengan lebih baik dalam menguruskan perniagaan mereka pada tempoh sukar seperti ini.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik Agrobank, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di 1300 88 2476 atau e-mel customer@agrobank.com.my, atau menghubungi pegawai perhubungan atau cawangan masing-masing, atau layari www.agrobank.com.my