AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lulus 1,411 Permohonan Dana SRF dan AF



KUALA LUMPUR – Agrobank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi  Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah meluluskan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Agromakanan (AF) berjumlah RM567 juta kepada lebih 1,411 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, setakat  31 Ogos 2020, sebanyak 1,005 permohonan SRF dengan jumlah RM409 juta dan 406 permohonan AF berjumlah RM158 juta telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada PKS menerusi Agrobank bagi membantu membangunkan semula perniagaan mereka.

“Agrobank sentiasa komited dalam membantu usahawan PKS. Ianya telah menjadi nadi dalam setiap usaha kami untuk meningkatkan prestasi sektor pertanian dan industri makanan mikro sekaligus membantu membangunkan usahawan PKS. Justeru, suntikan dana ini diharap dapat membantu usahawan PKS dan memberi ruang kepada mereka untuk merancang semula pelan strategik perniagaan mereka terutamanya dalam mengharungi tempoh sukar ini,” kata Khadijah

Tambah beliau lagi, “Bagi memastikan kelangsungan operasi perniagaan, pengekalan pekerjaan serta menyokong pertumbuhan ekonomi semasa saat getir ini, Agrobank terus berusaha memastikan usahawan kami mendapat bantuan yang diperlukan.”

SRF dan AF adalah sebahagian daripada dana BNM berjumlah RM10 bilion dan RM1 bilion bagi membantu PKS mengurangkan aliran tunai jangka pendek perniagaan berikutan impak yang dihadapi semasa PKP akibat daripada penularan wabak COVID-19.